Jurgen Klopp Setuju Diikat Liverpool Sehingga 2024

Pasukan kelab bola sepak Liverpool yang merupakan kelab paling power di atas muka bumi ini telah mengumumkan bahawa Jurgen Klopp telah bersetuju melanjutkan kontrak ikatan mereka bersama.

Pengurus yang berkaliber lagi kacak bernama Jurgen Klopp akan kekal di Liverpool sehingga tabun 2024 di mana Klopp akan bersama Liverpool untuk tempoh 4.5 tahun lagi.

Pembantu pengurus, Peter Krawietz dan Pepijn Lijnders juga telah bersetuju untuk terus berdamping dan berkerjasama dengan Jurgen Kloop apabila bersetuju dengan ikatan kontrak yang baharu.

Tawaran kontrak baru ini hadir selepas Klopp telah mengharungi tempoh 4 tahun bersama Liverpool dengan penuh kejayaan dan tawaran ini akan membolehkan asas yang dibina Klopp akan terus utuh dan pembangunan akan berterusan hingga dekad seterusnya.

Pengurus yang kini berusia 51 tahun tiu telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

Sebelum itu Klopp telah bersama FSV Mainz 05 dan telah membawa kelab itu ke liga teratas Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab pada 2004 dan bermain di kejohanan Eropah setahun kemudaian.

Pada musim pertama di Anfield, Liverpool telah mara ke final League Cup dan Eruopa League di mana mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan akhir itu.

Musim 2016/17 Mmenyaksikan Kloop telah membawa The Reds kembali ke Champions League buat pertama kali sejak 2014. Menamatkan musim itu ditangga ke-4 pada hari terakhir menewaskan Middlesbrough di Anfield.

Kepulangan kembali Liverpool ke Champions League dengan penuh bergaya apabila mara ke final di Kiev sebelum tewas 3-1 kepada juara bertahan Real Madrid.

Namun pada musim 2018-19, pengurus berusia 52 tahun itu sekali lagi membawa Liverpool ke final Champions League dan telah menjulang kejuaraan ke-6 Liverpool dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Di saingan domestik, Liverpool menamatkan liga ditempat kedua walaupun mengumpul 97 mata dan mengejar Manchester City hingga perlawanan terakhir.

Pada musim ini Liverpool terus cemerlang apabila mencatatkan 15 kemenangan daripada 16 perlawanan liga.

Baca Juga

Baca Juga