Jurugambar Kena Pedajal, Tali Kasut Diikat Di Pagar

Seorang jurugambar bola sepak Liga Irish telah menjadi bualan selepas kena pedajal apabila tali kasut beliau telah diikat di pagar ketika tekun bekerja.

Biasa jurugambar yang yang mengambil gambar pemain di padang tetapi kali ini di Larne jurugambar tumpuan lensa dan peminat bola sepak.

Jurugambar bernama Bill Guiller merupakan mangsa apabila ada orang yang telah mengikat tali kasut beliau di pagar dan mungkin tuan empunya video ini menjadi dalang.

Agak bergelut Bill Guiller untuk melepaskan ikatan dan memerlukan bantuan daripada petugas stadium dan St John Ambulance.

Nak dijadikan cerita lagi, insiden ni tular di Twitter dan dibaca oleh anak jurugambar ini. Kalau anak orang lain mesti dah marah kepada orang yang buat dajal ni, tapi si anaknya pula bagai memerah asam limau di luka jatuh motor.

Anaknya yang menggunakan nama @ChrisGuilder_98 menjawab ciapan tersebut dengan mengatakan;

Itu sebenarnya bapak aku, dan korang tahu tak? Kalau aku, aku dah ikat dengan cable tie.

Agak binawe di situ perangai si anaknya kan? Apa lah agaknya reaksi si ayah bila tahu anak dia jawab macam tu di Twitter.

Sejarah Cable Tie

Cable tie yang paling selalu digunakan dibuat daripada pita nylon yang mempunyai sususan rak gear, dengan hujungnya mempunyai bukaan kecil.

Benda alah ini digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai kegunaan, terima kasih kepada dua jejaka yang bernama Thomas dan Betts pada tahun 1958 di bawah jenama Ty-Rap. Asalnya ia digunakan untuk mengikat wayar di kapal terbang.

Takut korang tak tahu, inilah rupa cable tie. Kalau dah pasang, hanya pisau dan gunting sahaja yang boleh membukanya.

Rekaan asal juga sebenarnya menggunakan susunan besi sebagai gigi untuk cengkaman kabel tersebut, sebelum ditukar materialnya oleh pengeluar-pengeluar di kemudian harinya.

Begitulah serba sedikit sejarah cable tie. Esok kita belajar sejarah tali kasut pula.

Baca Juga

Baca Juga