Jurulatih Bola Sepak Dipecat Selepas Pasukannya Menang 25-0

Dalam bola sepak, kemenangan sangatlah dituntut tak kiralah daripada pihak penyokong, pengurusan atau pemain sendiri. Akan tetapi, sebaliknya pula yang berlaku di Sepanyol. Pasukan Serrano bawah-11 tahun telah memecat jurulatih pasukan selepas mereka menewaskan pasukan Benicalap  25-0.

Menurut laporan, jurulatih yang tidak dinamakan tersebut telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kelab dan sekaligus membawa berita ini kepada pengetahuan umum.

Pablo Alcaide, individu yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan keseluruhan kelab terebut telah menyatakan bahawa mereka amat mementingkan rasa hormat menghormati antara satu kelab dengan kelab yang lain.

“Kami hormat lawan kami dan selepas keputusan perlawanan yang gila tersebut, jurulatih patut letak jawatan,” kata Alcaide.

Pembangunan akar ubi | Gambar : Kiama

Jurulatih tersebut bagaimanapun menafikan bahawa dia tidak menghormati lawan. Daniel Revenga – peguam yang mewakili jurulatih tersebut telah mengeluarkan kenyataan bagi pihak anak guamnya.

“Tidaklah akan dia menggalakkan para pemainnya untuk menambah jumlah jaringan. Sebaliknya, sesungguhnya dia telah mengarahkan para pemainnya supaya berhenti memberi tekanan kepada pasukan lawan.

“Akan tetapi Benicalap C yang tidak mempunyai pemain gantian, terus bermain secara menyerang dan tidak dapat tidak meninggalkan ruang yang terlalu besar,” ujar Revenga.

Satu sumber yang enggan dikenali telah membela jurulatih yang telah dipecat tersebut.

“Benicalap C bukanlah pasukan yang asing dalam bab kekalahan yang besar. Musim ini mereka tidak mempunyai mata dan ini adalah perlawanan terakhir mereka pada musim di mana mereka telah melepaskan 247 gol,” kata lelaki misteri tersebut.

Apabila admin membaca berita ini, perasaan admin bercampur baur.

Pertama, pemain Serrano, meskipun baru berusia 11 tahun, ternyata pandai mengambil peluang tatkala pasukan lawan telah meninggalkan ruang yang besar di belakang mereka dan ini adalah satu situasi yang jarang dapat dilihat dalam liga professional Malaysia.

Kedua, meskipun telah dibolosi banyak gol, jurulatih Benicalap C tetap menggunakan taktik menyerang. Mungkin sasaran mereka pada musim ini adalah untuk menanam attitude menyerang dalam jiwa pemain yang berusia 11 tahun dan ke bawah.

Siapa tahu, apabila para pemain ini meningkat dewasa, mereka lebih peka untuk melakukan gerakan yang berbahaya kepada musuh. Setuju?

Tak setuju pun kena setuju.

Sumber berita : Keepitonthedeck

Baca Juga

Baca Juga