Jurulatih Manchester City Berdarah Hidung Selepas Pergaduhan Meletus Dalam Terowong

Polis dan sukarelawan stadium terpaksa di kerah untuk menyuraikan pergaduhan yang tercetus di antara pemain/staff Manchester United dan Manchester City. Lebih 20 individu terlibat dalam kekecohan yang tercetus dalam terowong stadium Old Trafford selepas tamat perlawanan.

Menurut laporan The Guardian, kedua-dua pihak saling berbalas tumbukan dan melempar botol ke arah lawan masing-masing dan pembantu jurulatih Manchester City, Mikel Arteta dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian muka selepas ditumbuk dalam pergaduhan tersebut.

Insiden ini bakal disiasat pihak FA England yang masih menunggu laporan rasmi dari pengadil dan pegawai perlawanan yang bertugas. Pihak FA mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana individu sama ada pemain atau staff walaupun insiden tersebut tidak berlaku di atas padang.

Polis Manchester masih lagi belum meneriman komplen atau aduan mengenai insiden tersebut dari mangsa yang terlibat. Bahagian kening Arteta dilaporkan terbuka luas dan darah mengalir dengan banyak di bahagian mukanya selepas berlaku pergaduhan di depan bilik persalinan yang menempatkan pasukan pelawat.

Celebrate sakan dalam terowong Old Trafford.

Insiden panas ini tercetus selepas Jose Mourinho memberitahu pemain Manchester City di bilik persalinan mereka untuk mengawal kegembiraan mereka dan tidak terlalu membuat bising selepas muncul pemenang dalam perlawanan sengit tersebut.

Mourinho dilaporkan berkonfrantasi dengan penjaga gol Manchester City, Ederson yang mana pada ketika itu berada berdekatan dengan pintu bilik persalinan pelawat. Mourinho dan Ederson mengeluarkan bahasa kesat ke arah masing-masing dalam bahasa Portugis.

Ederson marah kerana Mourinho menuduhnya cuba melengah-lengahkan masa dalam perlawanan tersebut. Mourinho kemudiannya menjerit dalam bahasa Inggeris dan berkata,

“You fucking show respect. Who are you?”

Beberapa pemain kemudiannya masuk campur dan Romelu Lukaku, hero Manchester City dalam perlawanan tersebut sekali lagi menjadi watak penting dengan mengetuai barisan fighter Manchester United bergaduh dengan pemain dan staff Manchester City.

Suasana ketika itu dilaporkan seperti pergaduhan yang anda sering lihat berlaku di kelab malam kerana banyak pihak masih lagi dalam keadaan separa sedar atau tidak dapat menerima kenyataan yang mereka kalah di gelanggang sendir. Mental Koyak.

Saksi kejadian tersebut turut mendakwa satu botol telah hinggap tepat ke kepala Mourinho dan susu turut disimbah ke mukanya ketika kekecohan tersebut berlaku. Walaupun demikian, Mourinho tidak mengalami sebarang kecederaan.

Peace. 2-1

Selepas segalanya kembali reda, Mourinho menuju ke bilik persalinan pengadil untuk meluahkan ketidakpuasan hati beliau kepada Michael Oliver, pengadil yang bertanggungjawab pengadili derbi Manchester tersebut.

Antara insiden yang menimbulkan ketidakpuasan hatinya adalah apabila Ander Herrera dilayangkan kad kuning selepas menerima bentesan daripada Nicholas Otamendi dalam kotak penalty.

Mourinho kemudian menyambung tugasnya dengan hadir ke siding media seperti tiada apa-apa yang berlaku. Beliau tidak memberikan sebarang komen atau klu mengenai insiden pergaduhan tersebut.

Baca Juga

Baca Juga