Jurulatih Perancis Mahu Anthony Martial Pertimbang Sertai Juventus

Pemain sayap Manchester United, Anthony Martial telah dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus pada jendela perpindahan yang akan datang dan jurulatih pasukan kebangsaan Perancis bersedia untuk bercakap dengan pemain tersebut mengenai perkara tersebut.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps merupakan bekas pemain Juventus ketika masih bergelar pemain dan beliau mahu melihat pemain tersebut bermain untuk Juventus sekiranya diberikan peluang.

Martial antara nama yang disebut-sebut bakal meninggalkan Old Trafford tidak lama lagi.

Martial yang kini menginjak usia 22 tahun merupakan pemai penting dalam skuad Jose Mourinho tetapi beliau berdepan cabaran sengit untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama.

Kemasukan Alexis Sanchez pada jendela perpindahan Januari lalu tidak banyak membantu Martial kerana beliau telah ditolak Mourinho untuk bermain di sebelah sayap kanan, yang mana bukan posisi kegemarannya.

Selain Sanchez, masih ada lagi pemain lain seperti Marcus Rashford, Juan Mata dan Jesse Lingard yang bersedia untuk mengisi posisi beliau dalam kesebelasan utama Manchester United.

Dengan United gagal memenangi mana-mana kejuaraan utama musim ini, sudah terdengar ura-ura Mourinho bakal berbelanja besar sekali lagi untuk memperkuatkan pasukannya.

Aku hanya mampu menasihati, engkau yang perlu membuat keputusan, Tony

Nama Martial turut dipetik sebagai pemain yang berpotensi untuk dijual bagi membuka ruang untuk pemain baru masuk, disamping meningkatkan lagi bajet perpindahan mereka.

Jurulatih Martial di peringkat antarabangsa, Didier Deschamps segan untuk masuk campur dalam urusam masa depan Martial di Old Trafford, tetapi beliau bersedia untuk memberikan pendapatnya sekiranya diminta pemain tersebut.

“Martial masih lagi mempunyai kontrak bersama Manchester United dan Mourinho tidak berminat untuk melepaskan beliau buat masa sekarang. Kita akan tahu lebih lanjut musim panas nanti sama ada Juventus atau kelab lain di luar sana berminat untuk mendapatkan khidmatnya.” Ujar Deschamps ketika ditemuramah majalah Tuttosport.

Apabila ditanya apakah yang bakal dilakukan beliau sekiranya Martial meminta pendapat daripadanya, Deschamps berkata:

“Saya tidak memberikan nasihat kepada mana-mana pemain mengenai masa depan mereka di peringkat kelab, tetapi saya cuma memberikan pendapat sahaja. Selepas itu, terpulang kepada pemain untuk membuat keputusan mengenai masa depan mereka.”

Nak trofi juara liga kena la masuk Juventus

Selain bermain untuk Juventus pada masa lepas, beliau juga pernah menguruskan kelab tersebut pada musim 2006/2007. Deschamps turut mendedahkan beliau mungkin telah memainkan peranan penting dalam satu perpindahan berprofil tinggi melibatkan Juventus.

Bintang Perancis, Blaise Matuidi meninggalkan Paris Saint-Germain untuk menyertai Juventus pada musim panas 2017, dengan laporan mengatakan Matuidi membuat keputusan tersebut selepas perbincangan bersama Deschamps.

“Anda boleh anggap ia sebagai pendapat saya sahaja.. selepas itu terpulang kepada mana-mana pemain untuk mendengarnya atau tidak .” Ujar Deschamps lagi dengan mulut yang tersenyum.

Martial hampir pasti akan dipilih Deschamps untuk berada dalam skuad Piala Dunia Perancis yang bakal bersaing di Russia tidak lama lagi, bersama-sama rakan sepasukannya di United, Paul Pogba.

BACA:  Rashford Tampil Jelaskan Keraian Menyedihkan Selepas Jaringan Penalti Lawan Everton