Juventus Di Kuarantin Kerana Tiga Pemain Positive Coronavirus

Juventus dengan serta-merta menghentikan semua sesi latihan lalu memutuskan untuk mengkuarantinkan kesemua pemain serta pegawai pasukan bawah 23 tahun mereka.

The Old Lady telah mengumumkan perkara itu kemarin berikutan, perlawanan terakhir untuk pasukan Juventus adalah menentang pasukan Pianese yang mana tiga pemain dari kelab itu serta pengurusnya telah dijangkiti Coronavirus. Dengan penyebaran penyakit di kelab itu, ia dikhuatiri memberi kesan kepada pasukan mereka juga.

Juve telah mengarahkan pemain-pemain bawah-23 mereka untuk kekal di rumah sahaja sehingga 8 Mac, setakat ini masih belum ada pemain atau staff yang menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan Virus itu.

Menurut laporan, jumlah kes yang disyaki positive Coronavirus itu telah mencapai angka 1,049 mangsa di seluruh Itali. Dan telah mencatatkan angka kematian sebanyak 29 kes. Kemas kini terkini diberikan oleh kerajaan Itali, bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah kes Coronavirus yang dilaporkan naik kepada 1,128 kes.

Pihak berkuasa tempatan telah menasihatkan agar masyarakat harus tetap berada di dalam rumah dan mengelakkan untuk berada di kawasan yang terdedah dengan Virus itu.

Virus itu 500 kali lebih ganas daripada SARS.

Kawasan yang paling teruk dilanda virus ini adalah Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna, manakala Bergamo dan Milan juga telah terkena tempiasnya. Pertembungan epik Juventus dengan Inter Milan, yang dijadualkan berlangsung pada petang Sabtu turut ditunda dan dijadualkan akan berlangsung Mei depan.

Banyak perlawanan yang telah dibatalkan dan ada yang telah ditunda. Kemungkinan segala aktiviti luar seperti sukan atau temasya akan dibatalkan atas masalah Virus yang sedang melanda Negara itu.

Sekolah-sekolah juga akan ditutup di kawasan tersebut sehingga notis lanjut, sementara pusat hiburan dan pusat rekreasi awam juga ditutup. Sukan-sukan lain seperti ragbi, bola tampar dan bola keranjang turut dihentikan atas permasalahan ini.

Inter dan AC Milan telah menutup pejabat serta menyuruh kakitangan mereka bekerja dari rumah, agar tidak terdedah kepada bahaya jangkitan Virus itu.

Sekatan secara besar-besaran telah dilakukan di kawasan lain yang mana wabak itu telah tersebar secara meluas seperti di Piedmont, Friuli dan Liguria.

Juventus dan Milan dijangka bertembung pada hari Rabu depan untuk perlawanan separuh akhir Coppa Italia di Turin, dan perlawanan itu hanya membenarkan peminat setempat sahaja untuk menonton didalam stadium.

Pada hari Khamis pula akan berlangsung perlawanan antara Napoli dan Inter di Stadio San Paolo. Untuk perlawanan ini juga hanya akan dibuka kepada penduduk berdekatan sahaja tetapi pihak berkuasa juga boleh mengubah keputusan itu mengikut kepada keadaan semasa dan kemungkinan akan ditangguhkan.

Milan berada di Lombardy, oleh itu kehadiran penyokong dari kawasan yang paling terjejas akan dianggap sebagai bahaya kepada kesihatan awam.

Hujung minggu ini, perlawanan Serie A Udinese-Fiorentina, Milan-Genoa, Parma-SPAL, Sassuolo-Brescia dan Juventus-Inter telah ditunda kepada ke 13 Mei.

Orang awam dinasihatkan untuk kerap mencuci tangan dengan teliti dan memakai topeng muka serta sarung tangan perlindungan untuk mengelakkan jangkitan.

BACA:  Conte Dicanang Bakal Gantikan Tempat Mourinho Di Old Trafford