Juventus Jual 500 Ribu Helai Jersi Ronaldo Bernilai $60 Juta Dalam Tempoh Sehari

Gergasi Italy, Juventus telah mencatatkan rekod jualan jersi pemain handalan dan sensasi dunia Cristiano Ronaldo sebanyak 520,000 helai hanya dalam tempoh sehari atau 24 jam atau 1440 minit atau 86400 saat sahaja.

Penjualan jersi Ronaldo yang bernombor 7 itu mencanak-canak naik seperti mana lemak di tubuh kau selepas jualan mula dibuka pada Isnin lalu. Ronaldo telah sah menyertai Juventus dari Real Madrid dengan yuran perpindahan €105 juta.

Jualan dalam tempoh sehari itu telah mecatat jualan bernilai $60 juta bersamaan hampir separuh daripada yuran perpindahan mengejut Ronaldo untuk bersama The Old Lady demi mencari cabaran baharu.

“Aku di sini keran mahukan cabaran baru untuk kerjayaku. Juventus ni kelab besar dapat bermain dengan kelab hebat pada usia aku ini nyata membuatkan aku gembira.” Ujar Ronaldo.

Jualan jersi Ronaldo sahaja kini dijangka memecahkan rekod keseluruhan jualan jersi Juventus bagi musim 2016/2017 yang mencatatkan jualan sebanyak 850,000 helai je semusim lebih kurang setahun.

Media Italu melaporkan bahawa penjualan jersi ini akan terus meningkat dan hasil jualan sahaja akan bersamaan dengan yuran perpindahan Ronaldo yang mungkin mencecah 1 juta helai dalam masa terdekat ini.

Juventus mengumumkan mereka telah mengikat Ronaldo selama 4 tahun pada hari Selasa lalu. Berikutan pengumuman tersebut, banyak pihak mendakwa Juventus terlebih bayar untuk seorang pemain yang bakal menginjak usia 34 tahun Februari tahun depan.

Ronaldo bakal menerima $131.5 juta untuk 4 tahun yang akan datang dan jumlah tersebut akan menjadikan Ronaldo sebagai pemain paling tinggi menerima gaji di Eropah. Yuran perpindahan Ronaldo ke Juventus merupakan jumlah ke-4 tertinggi dalam sejarah peradaban manusia, hanya Neymar, Kylian Mbappe dan Coutinho dibayar lebih tinggi.

Jualan jersi Ronaldo

24 jam – 500 000 helai
1 jam – 20833 helai
1 minit – 347 helai
1 saat – 6 helai

Kau pergi berak 5 minit dah 1735 helai terjual.

Baca Juga

Baca Juga