Juventus Memberi Barcelona €25 Juta, Pjanic Dan Seorang Lagi Pemain Untuk Mendapatkan Semedo

Miralem Pjanic bakal beraksi untuk Barcelona musim hadapan sekiranya Juara saingan La Liga itu mendapat persetujuan dari Juventus.

Jika kedua-dua pihak bersetuju, maka musim hadapan Pjanic akan ke Barcelona dan Nelson Semedo pula akan pergi ke Juventus.

Barcelona dikatakan telah lama berusaha untuk mendapatkan pemain midfield itu dan dilaporkan kini Pjanic sudah bersetuju untuk berpindah ke Now Camp.

Cuma beliau mahu memastikan kedua-dua pasukan mendapat kesepakatan bersama terlebih dahulu.

Pjanic bersama rakan sepasukannya Mattia De Sciglio akan berhijrah ke Barcelona manakala Nelson Semedo pula akan bergerak ke Juventus.

Namun menurut laporan dari Spanish outlet SPORT, Juventus akan membayar €25 juta untuk menyempurnakan kesepakatan ini.

Menurut laporan yang sama, walaupun Pjanic sudah bersetuju ke Barcelona dan pemain pertahanan De Sciglio juga sudah bersetuju untuk berhijrah, tetapi ada masalah lain yang sedikit mengganggu urusan ini.

Satu-satunya isu yang masih perlu diselesaikan ialah Semedo bersetuju untuk pergi ke Turin. Namun, sejak awal lagi Juara Itali itu mahukan pertukaran dengan pemain tengah Brazil, Arthur Melo, tetapi pemain berusia 23 tahun itu tidak menginginkan perpindahan ini berlaku.

Namun, mujur saja Semedo tidak mahu mengikut keputusan yang sama dilakukan oleh Arthur dengan menolak perpindahan ini, ia bermaksud kedua-dua pihak akan gembira dengan kesepakatan yang mereka terima.

Sementara The Old Lady terpaksa mengeluarkan dana yang lebih besar untuk membawa Semedo ke Juventus, dengan mengeluarkan duit dan ditambah dengan dua pemain.

Walaupun begitu, dengan dana dan pemain yang dikorbankan untuk membawanya ke Turin, pada akhirnya Juventus tetap akan dapat menggunakan khidmat pemain yang mereka inginkan itu.

Menurut laporan dari SPORT suggest nilai €25 juta yang diterima akan digunakan untuk menambah dana bagi Juara Sepanyol itu menandatangani Lautaro Martinez dari Inter.

Dengan kehadiran Semedo, The Old Lady juga akan menambahkan lagi cengkaman mereka dalam saingan Serie A musim hadapan.

Semedo juga dikatakan telah berjaya menarik minat dari Manchester City untuk mendapatkan khidmatnya dengan urusan pertukaran yang melibatkan Joao Cancelo.

Beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan, dan kelihatannya seperti Barcelona akan memanfaatkan kesempatan itu untuk mendapatkan Martinez.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai Barcelona pada tahun 2017 dari Benfica dan telah beraksi sebanyak 16 perlawanan dalam saingan liga musim ini.

De Sciglio, pemain yang akan bertukar dengan Semedo pula hanya beraksi lima kali sahaja bawah kendalian Maurizio Sarri dalam saingan Serie A musim ini.

Urusan pertukaran pemain akan menjadi kebiasaan dalam dunia bola sepak selepas berlakunya penularan wabak yang mengganggu ekonomi kelab.

Urusan perpindahan pemain juga terganggu dengan nilai pemain jatuh serta pasukan tidak mampu mengeluarkan dana besar dengan impak dari wabak itu.

Baca Juga

Baca Juga