Real Madrid dan Ronaldo Sah Berpisah Kerana Curang Untuk Bersama Juventus

Real Madrid dan pemain terhebat mereka sah berpisah dengan cara yang baik lagi beradat kerana Ronaldo mahu bersama Juventua tanpa memuat naik keburukan Ronaldo apatah lagi video tidak senonoh selama bersama.

Sebelum ini Juventus dan Real Madrid dilaporkan semakin hampir untuk mencapai persetujuan berkenaan perpindahan Cristiano Ronaldo yang ingin berpindah ke Itali.

Menurut sumber yang rapat dengan Sky Sports, perpindahan Ronaldo ke Juventus semakin hampir untuk menemui kata putus dan pengumuman rasmi dijangka akan dilakukan dalam masa 48 jam yang akan datang.

Kini segalanya menjadi kenyataan apabila Real Madrid telah mengeluarkan kenyataan beserta penghargaan ke atas Ronaldo selama 9 tahun bersama.

Real Madrid telah bersetuju di atas kehendak dan permintaan oleh Cristiano Ronaldo yang telah bersetuju untuk berpindah ke Juventus FC dalam satu kenyataan yang sendu lagi pilu.

“Hari ini Real Madrid ingin untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pemain yang telah membuktikan bahawa beliau pemain terbaik di dunia ini dan telah memberi sinaran yang padu dalam sejarah bola sepak kelab dan dunia bola sepak.

Di luar gelaran yang ditaklukkan, trofi yang didijulang dan kejayaan yang dicapai dalam bidang bola sepak selama 9 tahun ini, Cristiano Ronaldo telah menjadi contoh dalam dedikasi, kerja, tanggungjawab, bakat dan peningkatan.

Dia juga telahmenjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid dengan 451 gol dalam 438 perlawanan. Meraih 16 gelaran, termasuk 4 Piala Eropah, 3 kali daripadanya secara berturut-turut dan 4 kali dalam 5 musim lepas. Secara individu, dengan menyarung jersi Real Madrid Ronaldo telah memenangi 4 Bola Emas, 2 The Best FIFA Awarda dan 3 kasut emas dan banyak lagi.

Bagi Real Madrid Cristiano Ronaldo akan sentiasa menjadi salah satu simbol kehebatan dan rujukan unik untuk generasi akan datang.

Real Madrid akan sentiasa menjadi rumah anda.”

Juara bertahan Serie A itu telah berusaha keras untuk meyakinkan Real Madrid untuk melepaskan aset paling bernilai mereka dan Juventus bersedia membayar £88 juta bagi memastikan perpindahan tersebut dapat direalisasikan menurut satu laporan tak rasmi.

Oleh kerana Real Madrid menerima tawaran tersebut, Ronaldo telah menjadi pemain termahal dalam sejarah Juventus, lebih tinggi dari jumlah yang dibayar Juventus kepada Napoli untuk mendapatkan Gonzalo Higuain pada tahun 2016.

Ronaldo berpindah ke Santiago Bernabeu dari Manchester United pada tahun 2009 dalam perpindahan rekod dunia ketika itu yang dianggarkan berjumlah £80 juta.

Beliau telah bermain selama 9 musim untuk Real Madrid dan berjaya membantu kelab tersebut memenangi pelbagai kejuaraan disamping memecahkan pelbagai rekod individu.

Sepanjang menyarung jersi Real Madrid, beliau berjaya memenangi 2 kejuaraan La Liga, 2 kali juara Copa Del Rey, dan 4 kali juara Liga Juara-Juara Eropah. Ronaldo juga memegang rekod penjaring tertinggi sepanjang zaman untuk Real Madrid dengan 450 gol.

5 kali bergelar juara Liga Juara-Juara Eropah. King of Europe

Sky Sports difahamkan perbincangan telah berlaku di antara ejen Ronaldo, Jorge Mendes bersama dengan Juventus dan Real Madrid.

Mendes dipetik berkata sebelum ini yang Ronaldo akan terhutang budi seumur hidup kepada Real Madrid sekiranya kelab tersebut membenarkan beliau berpindah musim panas ini.

“Jika Ronaldo berpindah ke kelab lain musim panas ini, ia akan menjadi lembaran dan cabaran baru dalam kariernya yang penuh gemilang.”

Adios amigo, you shall be missed.

“Sekiranya Ronaldo meninggalkan Real Madrid, beliau akan terhutang budi seumur hidup kepada kelab, presiden, semua direktor, staff perubatan, dan tidak dilupakan seluruh peminat Real Madrid di seluruh dunia.”

Berikutan penyingkiran Portugal dari saingan Piala Dunia 2018, spekulasi mengenai masa depan kapten Portugal ini semakin bertiup kencang mengatakan Ronaldo serius untuk meninggalkan Real Madrid musim panas ini.

Ronaldo dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran kontrak daripada Juventus bernilai €30 juta (£26.5 juta/$35 juta) semusim.

Apa yang menghalang perpindahan ini dari diumumkan sebelum ini adalah Juventus masih lagi belum mencapai persetujuan dengan Real Madrid mengenai yuran perpindahan Ronaldo.

Antara gambar yang telah diphotoshop lebih awal oleh peminat Juventus yang gelojoh

Terdapat laporan mengatakan Real Madrid meminta €120 juta (£106 juta/$140.5 juta) sebagai yuran perpindahan untuk melepaskan Ronaldo.

Bekas pemain Manchester United dan Sporting CP ini pernah menyatakan hasratnya untuk mengakhiri kariernya di tempat lain, tetapi Real Madrid tidak pernah menyangka ia berlaku secepat ini, terutamanya selepas Ronaldo baru sahaja membantu mereka menjuara Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut.

Real Madrid sebelum ini juga dilaporkan bersedia dan rela menjual Ketua Pasukan Portugal itu ke Manchester United jika mereka mendapat seorang pemain bintang dalam urusan jual beli.

Real Madrid sanggup menerima €50 juta sahaja sebagai hantaran perpindahan tetapi wajib disertakan sekali pemain penyerang Belgium, Romelu Lukaku sebagai barang hantaran.

Lopetegui kini yang merupakan pengurus Real Madrid menggantikan Zinedine Zidane mahu mencari pengganti kepada Karim Benzema dan kekacakan Lukaku menambat hati Lopetegui.

PSG yang turut dikaitkan dengan Ronaldo tidak membuat sebarang tawaran lagi mungkin kerana terikat dengan peraturan Financial Fair Play. Real Madrid juga dilaporkan terkejut dengan keputusan Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan Santiago Bernabeu bagi menyertai Juventus.

Walaupun Ronaldo pernah menyatakan hasratnya untuk berpindah selepas menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah Mei lalu, Real Madrid yakin mereka akan berjaya memujuk Ronaldo untuk terus kekal di Sepanyol untuk beberapa musim lagi. Kesian.

Berikutan penyingkiran Portugal dari saingan Piala Dunia 2018, spekulasi mengenai masa depan kapten Portugal ini semakin bertiup kencang mengatakan Ronaldo serius untuk meninggalkan Real Madrid musim panas ini.

BACA:  Lihat Dua Kesilapan Tidak Masuk Akal Varane Membuatkan Real Madrid Terciduk