Juventus Top 4 , AC Milan Kembali Ke UCL, Napoli Pilih Ke UEL

Saingan Serie A hampir sama seperti Premier League di mana hari terakhir atau perlawanan ke-38 merupakan medan perebutan mendapatkan slot ke UEFA Champions League bagi musim 2021/22.

Perebutan tiga penjuru antara Juventus, Napoli dan AC Milan bagi merebut tempat empat teratas dan dalam tiga pasukan ini, Juventus paling tipis peluang dan berharap kepada tuah.

Inter Milan berterusan gayat dan sudah lama mengesahkan gelaran Serie A mereka buat pertama kali dalam tempoh sedekad sekaligus menafikan kejuaraan kali ke-10 berturut-turut Juventus.

Atalanta memecut naik sebulan dua ini untuk mengekor Inter Milan dan sudah pun mengesahkan tempat ke Champions League dan turun untuk merebut tempat kedua bertemu AC Milan.

Juventus ditangga kelima satu mata dibelakang Napoli dan AC Milan bukan sahaja perlukan kemenangan malah perlu berharap Napoli dan AC Milan kehilangan mata.

Inter Milan yang beraksi lebih awal 24 jam telah melengkapkan musim mereka dengan penuh bergaya apabila membelasah Udinese 5-1 di perlawanan terakhir.

Dua gol hasil jaringan penalti Franck Kessie telah membawa AC Milan kembali ke Champions League buat kali pertama sejak tahun 2013.

Walaupun tewas Atalanta tenang menamatkan musim di tempat ketiga berkongsi mata yang sama dengan Juventus namun berada di atas secara mengikut peraturan head to hea

Juventus sangat serius untuk mencatatkan kemenangan menentang Bologna dan yang menariknya Cristiano Ronaldo yang menjadi pemain harapan tidak diturunkan.

Beberapa hari lalu, Juventus baru sahaja meraikan piala pertama mereka musim ini dan piala debut untuk musim debut Andrea Pirlo apabila menjuarai Coppa Italia.

Seawal minit ke-6 Juventus sudah didepan hasil jaringan Federico Chiesa sebelum Alvaro Morata menggandakan kedudukan selepas 30 minit permainan.

Tamat separuh masa pertama Juventus mendahului 3-0 dengan gol ketiga dijaringkan oleh Adrien Rabiot sebelum Morata menjaringkan gol keempat dua minit selepas babak kedua bersambung.

Riccardo Orsolini menjaringkan gol saguhati Bologna pada lewat permainan.

Paling menarik dalam perlawanan ini adalah Cristiano Ronaldo tidak dimasukkan walaupun lima perturkaran dilakukan oleh Andrea Pirlo.

Ronaldo tidak turun bermain bukan kerana kecederaan tetapi disebabkan oleh keputusan teknikal yang dilakukan oleh Pirlo yang ternyata berhasil dan berjaya.

Keputusan antara Napoli dan Verona menjadi penentu nasih kepada Juventus walaupun menang secara mutlak namun akhirnya elemen nasih menjadi penentu.

Napoli mendahului Verona pada minit ke-61 melalui Amir Rrahmani, namun Marco Davide Faraoni berjaya menyamakan keuddukan 8 minit kemudian.

Keputusan seri ini kekal hingga tamat perlawanan dan Juventus selepas penat berdebar akhirnya mara ke Champions League walaupun pada satu ketika tampak hampir mustahil.

Napoli terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri ini yang menyebabkan mereka menemani Lazio bermain di Europa League pada musim hadapan.

Benevento bimbingan bekas legenda Itali, Filippo Inzaghi, Crotone dan Parma merupakan tiga pasukan tercorot Serie yang sudah sah tersingkir sebelum perlawanan terakhir lagi.

Cristiano Ronaldo yang tidak diturunkan itu telah muncul sebagai pemenang kasut emas Serie A dengan 29 gol tiga assist dan membawa pulang anugerah Capocannoniere.

Dalam 29 gol terhasil ini Cristiano Ronaldo telah menjaringkan gol kemenangan dan memberi tiga mata berharga buat Juventus dalam 12 perlawanan.

Romula Lukaku berada tangga kedua dengan 24 gol dan 11 assist.

Dengan anugerah kasut emas ini, Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama yang menang kasut emas di tiga liga berbeza. Premier League, La Liga dan Serie A.

BACA:  Serie A 2020/21: AC Milan 2-0 Bologna