Kad Kuning Granit Xhaka Musim Lalu Disiasat Agensi Siasatan Jenayah Britain

Kad kuning yang dilayangkan terhadap pemain Arsenal, Granit Xhaka telah mendapat perhatian pihak berkuasa di Britain dan disiasat oleh Agensi Siasatan Jenayah di negara tersebut.

Sejak tiba dari Borussia Monchengaldbach pada tahun 2016, Xhaka boleh dianggap sebagai pengumpul tegar kad kuning di mana dia telah berjaya melakukannya sebanyak 52 kali.

Akan tetapi, daripada kesemua kad yang telah dijadikan sebagai koleksi peribadi tersebut, satu insiden telah mendapat perhatian pihak berkuasa kerana dikhuatiri bersabit dengan aktiviti perjudian dan pertaruhan.

Arsenal menewaskan Leeds 4-1 di Elland Road, hasil daripada dua gol sumbangan Gabriel Martinelli, serta satu jaringan masing-masing daripada Bukayo Saka dan Emile Smith-Rowe.

Xhaka dilayangkan kad kuningn pada minit ke-86 kerana melambat-lambatkan permainan di mana dia mengambil masa selama 20 saat sambil berdalih untuk mengambil sepakan percuma di dalam kawasan permainan sendiri.

Pada masa yang sama, taruhan bernilai Β£52,000 telah dibayar untuk layangan kad kuning buat Xhaka dalam fasa 10 minit terakhir permainan, dengan bayaran kemenangan bernilai Β£250,000.

Pada bulan Januari, sebulan selepas insiden tersebut, FA England mengesahkan bahawa mereka telah melancarkan siasatan selepas menerima aduan daripada taukeh-taukeh judi di sana.

Menurut Daily Mail, kes ini sudah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa Britain yang mengendalikan kes jenayah terancang. Tiada siasatan dilakukan terhadap kelakuan Xhaka dan dia serta rakan sepasukannya dikatakan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Untuk rekod, para pemain tidak dibenarkan untuk bertaruh dalam perlawanan yang melibatkan mereka sendiri, tak kiralah sama ada bola sepak atau sukan lain. Untuk lebih elok, sepatutnya segala jenis pertaruhan patut diharamkan terus.

Akan tetapi beberapa pemain yang terkenal telah didapati bersalah terlibat dalam pertaruhan yang melibatkan perlawanan, atau pasukan yang mereka wakili.

Bekas penyerang pilihan England, Daniel Sturridge, didapati bersalah pada tahun 2019 di atas pertuduhan membocorkan rahsia dalaman pasukan tentang perpindahan pemain, pada bulan Januari 2018. Kebocoran maklumat ini telah membawa kepada pertaruhan luar biasa di dalam medan perjudian.

Dia dikenakan hukum gantung daripada bola sepak selama empat bulan, dan kelabnya ketika itu Trabzonspor dari Turki, telah mendendanya sebanyak Β£150,000 serta kontraknya dibatalkan.

Sturridge bermati-matian menyatakan dirinya tidak bersalah, sebaliknya mengecam syarikat tahi judi yang membenarkan pertaruhan tentang jendela perpindahan.

Kieran Trippier juga pernah disabitkan kesalahan berkenaan aktiviti perjudian. Bekas pemain Tottenham Hotspur itu pada bulan Julai 2019, sedang dalam proses untuk berpindah ke Atletico Madrid dan telah memberikan klu tentang perpindahan tersebut kepada rakan rapatnya dalam kumpulan WhatsApp.

β€œTabur je kalau kau nak,” tulis Trippier.

Mengambil nasihat daripada tuan badan, rakannya telah meletakkan taruhan yang berganda-ganda lantas mengundang perhatian daripada pihak berkuasa. FA England telah memaksa Trippier menyerahkan telefon pintarnya sewaktu siasatan, dan akhirnya pemain bek kiri ini telah didenda sebanyak Β£70,000, tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti bola sepak selama 10 minggu serta perlu menanggung segala kerugian syarikat judi.

Trippier menyatakan bahawa dia tidak mendapat sebarang keuntungan peribadi daripada maklumat yang diberi tersebut tetapi dia dikenakan tindakan kerana membocorkan maklumat yang boleh membuatkan orang lain mendapat keuntungan. Pelik, kan syarikat tahi judi ni?

Selepas insiden tersebut, Trippier telah mengambil langkah untuk terlibat dalam aktiviti pendidikan bersama pemain muda tentang perjudian dalam bola sepak.

Ramai jurnalis berasakan bahawa pemain ini telah dianiaya dan mahukan pertaruhan tentang jendela perpindahan tidak dibenarkan.

BACA:Β  Solskjaer Tiada Masalah Alih Fokus Terhadap Arsenal Selepas Cemerlang Singkirkan PSG