Kad Merah Untuk Alisson Becker Kerana Tepis Bola Di Luar Kotak

Liverpool selesa mendahului pada separuh masa pertama denga 2 gol hasil jaringan pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk.

Kedua-dua gol Virgil van Dijk ini diperoleh melalui dua sundulan. Sundul-sundulan, cubit-cubitan, aku menyanyi ko petik gitar. Aku taip je kenapa kau baca sambil nyanyi?

Permainan separuh masa kedua menyaksikan Brighton and Hove Albion berterusan mengasak untuk menrapatkan kedudukan dan Liverpool nampak serba tidak menjadi.

Alisson Becker ternyata cemerlang di gawang untuk mencari clean sheet yang sudan lama tidak dinikmati walaupun berterusan menikmati kemenangan.

Clean sheet dicari namun kad merah yang diperolehi oleh Alisson Becker satu hadiah sempurna daripada pengadil.

Alisson Becker meluru keluar dari kotak penalti ketika pemain Brighton and Hove Albion menyucuk bola untuk melakukan lambungan yang melemaskan.

Dengan spontannya Alisson Becker telah menepis percubaan itu, mungkin tidak sedar berada diluar kotak penalti.

Tiada hukuman lain bagi seorang penjaga gol menggunakan tangan diluar kawasan dengan sengaja melainkan kad merah.

Berita baiknya Alisson Becker hanya digantung satu perlawanan sahaja kerana tidak melibatkan kekasaran ketika dilayangkan merah. Biasa kad merah langsung kerana kekasaran digantung 3 perlawanan.

Adrian masuk dan 46 saat kemudian bolos dengan sepakan percuma leret yang hanya mampu dilihat Adrian yang masih tidak bersedia.

Akhirnya 3 mata menjadi milik Liverpool dengan kemenangan 2-1. Tak sakit jantung bukan game Liverpool la kan?

Baca Juga

Baca Juga