Malang menimpa pemain pertahanan Lyon, Marcelo kerana dilayangkan kad merah selepas dengan secara tidak sengaja telah tertepis kad kuning yang berada di tangan pengadil sehingga terbang ke awan-awangan.
Semuanya bermula selepas Marcelo diberikan kad kuning selepas mengasari pemain Angers. Saat dilayangkan kad kuning Marcelo tidak berpuas hati lalu mengangkat tangan sambil berpusing kebelakang.
Ketika inilah tangan Marcelo terkena kad kuning yang berada di tangan pengadil lalu melayang ke tanah. Marcelo nyata terkejut melihat kad kuning melayang dan apabila berpaling pengadil terus melayangkan kad merah.
Sangat jelas Marcelo tidak berniat untuk melakukan perbuatan yang tidak beretika itu malah pengulas juga menyifatkan Marcelo tidak sengaja dan tidak bernasib baik dalam situasi itu.
Ketika kejadian itu, Lyon sedap mendahului Angers 3-1 dan ketiadaan Marcelo nyata memberi petaka kepada Lyon yang bolos dua gol menyaksikan perlawanan berakhir dengan kepurusan seri 2-2.
Pengurus Lyon, Bruno Genesio nyata kecewa yang amat dengan keputusan pengadil yang telah merubah keputusan perlawanan dan menyebabkan Lyon menanggung kerugian sebanyak dua mata.
Jika Lyon membuat bantahan terhadap kad merah itu dan kad itu ditarik balik sekalipun keputusan perlawanan tetap tidak akan berubah.
Kesian.