Kai Havertz kini menjadi pemain Arsenal yang menerima gaji tertinggi di Emirates sejak melengkapkan perpindahannya daripada Chelsea.
The Gunners menandatangani pemain penyerang dari Jerman itu dengan nilai £65 juta yang disertai dengan kontrak selama lima tahun.
Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini beraksi bersama Chelsea selama tiga musim sejak berpindah dari Bayer Leverkusen dengan nilai £71 juta.
Kai Havertz reportedly picking up €380k adds further fuel to the fire that he’s coming to pick up Granit Xhaka’s role next season – that really is a statement salary. More than double what he was on at Chelsea. No doubt in my mind he’ll be great for us – top talent. pic.twitter.com/qrIahlwG5R
— LE GROVE (@LeGrove) July 1, 2023
Kebanyakan tempoh Havertz di Chelsea dianggap mengecewakan apabila hanya menjaringkan 19 gol daripada 91 penampilan di Premier Legaue.
Pemain itu sempat membantu The Blues menjuarai Champions League pada 2021 selepas menewaskan Man City di final.
Perpindahan Havertz ke Arsenal dilihat sebagai usaha Mikel Arteta memperkuatkan pasukan kendaliannya setelah turut layak beraksi di Champions League pada musim hadapan selepas kelab itu terpinggir daripada pertandingan kelab elit eropah itu sejak 6 tahun lalu.
Arsenal berbelanja besar pada musim panas ini dan turut mencapai persetujuan untuk membawa masuk Declan Rice daripada West Ham pada nilai £105 juta, selain Jurrien Timber yang turut dikatakan hampir pasti ke Emirates dari Ajax dengan tanda harga £40 juta.
Arsenal bukan sahaja berbelanja besar daripada segi yuran perpindahan. Begitu juga dengan bayaran gaji pemain yang tinggi setelah usaha berjimat beberapa musim lalu.
Kai Havertz went to Arsenal for MONEY after getting around 285k/w at Chelsea for 3 years. NO UCL means salary CUT & IF he was to sign a new deal it was on Boehly’s NEW terms. Mount accepted LOW salary 200k/w, they REFUSED, gave him 1y contract. Evil narrative won’t give FACTS pic.twitter.com/PBcLK4KNpr
— Pochelseano (@TheGreenTurf2) July 1, 2023
Menurut laporan media Jerman Bild, Arsenal bersedia untuk membayar gaji yang tinggi untuk setiap pemain elit yang dibawa masuk bermula dengan Kai Havertz.
Laporan tersebut mendedahkan Havertz menerima bayaran £330,000 seminggu tidak termasuk bayaran bonus.
Laporan ini bermakna Havertz kini menjadi pemain dengan pendapatan tertinggi di Emirates.
Kali terakhir jumlah besar sedemikian dibayar kepada seseorang pemain ialah beberapa musim lalu kepada Mesut Ozil.
Ozil sebelum ini dilaporkan menikmati pendapata sebanyak £350,000 ketika masih bersama Arsenal.
Sebelum ketibaan Havertz, Thomas Partey adalah pemain yang menerima bayaran tertinggi, tetapi rata-rata pemain lain dibayar di bawah £200,000 seminggu.
Selain Partey, hanya Bukayo Saka menerima pendapatan lebih £200,000 – itu pun setelah pemain muda berpotensi itu memperbaharui kontrak beliau selepas tamat saingan musim lalu.
Selepas Havertz, Arsenal turut dijangka akan membayar jumlah yang hampir sama untuk pemain bernilai £105 juta, Declan Rice.
Walaupun demikian, Timber tidak akan menikmati jumlah pendapatan mewah yang sama dan bintang muda Southampton, Romeo Lavia yang turut dikaitkan dengan Arsenal dijanjikan pendapatan yang lebih rendah sesuai dengan usia dan peranannya.