Kajian Dapati Ronaldo dan Maguire Pemain EPL Paling Tersakiti Dibuli Secara Online

Satu kajian yang telah dijalankan telah mendapati bahawa pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire merupakan pemain Premier League paling tersakiti musim lalu kerana dibuli atau didera teruk secara atas talian atau online.

Ofcom and Alan Turin Institute dan UK National Institute yang terkenal dengan data sains serta kecerdasan buatan (AI) telah bekerjasama untuk menganalisa 2.3 ciapan yang telah dilakukan di Twitter hanya untuk separuh musim 2021/22 sahaja.

Hanya ciapan dilaman Twitter sahaja diambil kira untuk kajian ini dan tidak melibatkan laman sosial yang lain.

Dapatan dari kajian ini telah mendapati hampir 60,000 hantaran atau ciapan berbentuk buli atau penderaan dilakukan secara terus kepada pemain Premier League dalam tempoh 5 bulan pertama musim lalu.

Tweet yang dizahirkan dengan kata-kata kesat serta makian tanpa batas telah menjejaskan tujuh daripada 10 pemain, dengan separuh daripada penderaan ini ditujukan terus kepada hanya 12 pemain secara individu.

Lapan daripadanya bermain untuk pasukan Manchester United pada ketika itu. Ramai sangat benci ni.

Antara 13 Ogos dan 24 Januari, Ronaldo telah menerima tweet makian kata-kata kesat terbanyak iaitu sebanyak 12,520 ciapan.

Maguire berada di tempat kedua dalam senarai itu, telah disasarkan dengan 8,954 mesej kesat dalam tempoh yang sama.

Marcus Rashford (2,557), Bruno Fernandes (2,464), Fred (1,924), Jesse Lingard (1,605), Paul Pogba (1,446) dan David De Gea (1,394) turut disenaraikan dalam 10 teratas, begitu juga pemain antarabangsa England, Harry Kane (2,127) dan Jack Grealish (1,538).

Laporan itu juga mendapati terdapat dua kemuncak dalam kekerapan tweet kesat.

Kemuncak pertama berlaku pada hari Ronaldo menyertai semula Manchester United dari Juventus pada 27 Ogos dan yang kedua berlaku selepas Maguire menghantar tweet permohonan maaf kepada penyokong kelab berikutan kekalahan 2-0 kepada Manchester City pada 7 November.

Tetapi kajian itu juga mendapati bahawa sebahagian besar peminat bola sepak menggunakan media sosial dengan cara yang bertanggungjawab.

Ini bermakna cacian yang dilemparkan kepada pemain oleh para pembenci ini tidak mewakili majoriti peminat bola sepak. Mereka tak ramai tapi ada.

Menggunakan teknologi pembelajaran mesin baharu untuk menilai secara automatik sama ada tweet adalah kesat atau tidak, sepasukan pakar juga menyemak secara manual sampel rawak 3,000 tweet untuk mendapatkan lebih ketepatan.

Daripada sampel tweet yang lebih kecil itu, 57 peratus positif terhadap pemain, 27 peratus neutral dan 12.5 peratus kritikal, dengan baki 3.5 peratus menyalahgunakan untuk penderaan serta buli.

Sementara itu, 2.6 peratus daripada 2.3 juta tweet yang dianalisis dengan teknologi pembelajaran mesin didapati digunakan untuk tujuan membuli.

Dr Bertie Vidgen, pengarang utama laporan dan ketua keselamatan dalam talian di Institut Alan Turing, berkata banyak usaha perlu dilakukan untuk menangani isu buli/penderaan atas talian.

“Penemuan nyata ini mendedahkan sejauh mana pemain bola sepak mengalami penderaan keji di media sosial,” kata Dr Vidgen.

“Walaupun menangani penyalahgunaan dalam talian adalah sukar, kami tidak boleh membiarkannya tanpa dicabar. Lebih banyak perkara mesti dilakukan untuk menghentikan bentuk kandungan teruk, untuk memastikan pemain boleh melakukan tugas mereka tanpa menjadi sasaran pembuli.”

Twitter telah mengalu-alukan penyelidikan itu tetapi mendakwa angka itu mungkin tidak mengambil kira ciri keselamatan yang telah dilaksanakan oleh syarikat itu untuk menghalang siaran kesat daripada sampai kepada pengguna.

“Kami komited untuk memerangi penderaan dan, seperti yang digariskan dalam Dasar Tingkah Laku Kebencian kami, kami tidak bertolak ansur dengan penderaan atau gangguan orang berdasarkan kaum, etnik, jantina, identiti jantina atau orientasi seksual,” kata seorang jurucakap, seperti dilaporkan oleh BBC.

“Seperti yang diakui dalam laporan, jenis penyelidikan ini hanya boleh dilakukan kerana API awam kami terbuka dan boleh diakses oleh semua.

“Walau bagaimanapun, API kami yang boleh diakses secara umum tidak mengambil kira julat perlindungan yang kami sediakan, jadi ini tidak sepenuhnya menggambarkan pengalaman pengguna.”

Penderaan dan buli secara online ini merupakan satu perkara serius dan perlu dicegah supaya tidak menjadi satu kebiasaan.

BACA:  Peminat Bakal Menyaksikan Ronaldo Dan Messi Beraksi Bersama Dalam Satu Pasukan