Kaka Umum Persaraan Secara Rasmi

Pemain bintang dari Brazil Ricardo Izecson dos Santos Leite atau nama popularnya Kaka, secara rasminya telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak profesional setelah melalui satu karier bola sepak yang mengagumkan.

Kaka telah menghabiskan musim terakhirnya sebagai pemain bola sepak profesional bersama Orlando City di Major League Soccer, Amerika Syarikat selepas tamatnya musim liga di sana. Perlawanan terakhirnya ketika menentang Columbus Crew pada bulan Oktober.

Selepas berakhir jodohnya bersama Orlando City, Kaka tidak pasti samada mahu meneruskan kerjayanya atau tidaK. Ramai beranggapan Kaka akan kembali ke Brazil dan ada juga mengaitkan beliau ke AC Milan.

Akhirnya Kaka memecah kebuntuan bukan dengan menjaringkan gol tetapi mengumumkan persaraanya di laman media sosial rasmi beliau. Memuat naik gambar hitam putih, Kaka telah membuat kenyataan ringkas mengenai persaraannya.

“Apa aku lalui lebih hebat dari apa yang aku bayangkan. Terima kasih. Aku sudah bersedia untuk perjalanan seterusnya.”

Kaka mencipta kerjaya dalam dunia bola sepak dengan meraih pelbagai kejayaan dan trofi bersama pasukan dan secara individu. Selepas membantu Brazil meraih Piala Dunia pada tahun 2002 di Korea/Jepun, Kaka tidak menoleh kebelakang lagi.

Kaka meneruskan perjalanan sebagai sebagai pemain bola sepak dan telah muncul sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dan Eropah. Tahun gemilangnya bermula dari 2003 sehingga 2009 bersama AC Milan.

Kaka meraih gelaran Serie A musim 2003/04 dan juga Italian Super Cup. Kaka juga pemain skuad AC Milan yang mengalami kekecewaan kepada kebangkitan Istanbul yang sangat ikonil lagi terkenal di kaki Liverpool pada final Champions League 2005.

Namun AC Milan dan Kaka berjaya menebus kehampaan itu apabila berjaya membalas dendam ke atas Liverpool pada perlawanan akhir Champions League 2007 di Athens dan menjulang trofi berprestij Eropah itu.

Selepas itu Kaka telah berhijrah ke Real Madrid dengan nilai perpindahan £56 juta. Prestasi Kaka mula merosot bersama Los Blancos kerana dibelenggu kecederaan namun Kaka berjaya meraih gelaran La Liga dan Copa Del Ray di Bernabeu.

Ricardo Kaka juga merupakan manusia terakhir di muka bumi ini yang memenangi anugerah Ballon d’Or sebelum anugerah tersebut didominasi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Pada tahun 2007 Ricardo Izecson dos Santos Leite menurut nama dalam kad pengenalan Brazil pemenang anugerah tersebut yang bukan Messi atau Ronaldo selepas berjaya membawa AC Milan mejuarai Champions League.

Baca Juga

Baca Juga