Kalah Judi – Kisah di Sebalik Persamaan Jersi Pasukan West Ham, Burnley dan Aston Villa

Majoriti peminat bola sepak di Malaysia pasti ada menyokong pasukan di Liga Perdana Inggeris.

Kalau ada yang cakap dia tak layan EPL tu maksudnya dia adalah penyokong Liverpool yang malu untuk mengaku menyokong pasukan The Reds.

Tapi kan, dalam pada kita dihiburkan dengan perlawanan menarik dan kelakar, pernahkah kita terfikir kenapa jersi tiga pasukan – West Ham, Aston Villa dan Burnley mempunyai warna yang sama?

Pernah fikir tak? Pernah tak?

Mesti pernah, kan?

Antara ketiga-tiga pasukan tersebut, Aston Villa merupakan pasukan yang pertama menggunakan warna claret dan biru tersebut.

Sejarah jersi Aston Villa

Asalnya, jersi Aston Villa berwarna biru belang merah, sebelum ditukar kepada hitam, hijau, oren dan  warna maroon.

Pada tahun 1988, lembaga pengarah kelab telah bermesyuarat dan mereka bersetuju untuk menggunakan warna baru iaitu gabungan claret dan biru.

Satu pendapat yang sahih mengatakan bahawa warna tersebut dipilih kerana ingin mengadaptasi kekuatan dua pasukan dari Scotland – Rangers dan Hearts.

Pendapat lain yang hampir sahih namun dikategorikan sebagai hasan pula mengatakan bahawa warna clarets dipilih sempena warna bata binaan stadium pasukan mereka.

Selepas menggunakan warna claret dan biru, Aston Villa terus cemerlang.

Kecemerlangan Villa sejak menggunakan warna claret dan biru ini membuka mata kelab lain untuk meniru ideologi kelab dari Birmingham tersebut.

Burnley, yang asalnya memakai jersi berwarna hijau telah mengadaptasi warna claret dan biru dengan harapan akan muncul juara liga seperti Villa.

Sejarah jersi Burnley

Hasilnya, mereka berjaya muncul sebagai juara England 10 tahun kemudian, iaitu pada musim 1920-21.

Selesai cerita Burnley. Bagaimana pula dengan West Ham?

Sejarah merekodkan bahawa pasukan West Ham United berasal daripada kelab riadah Thames Ironworks – syarikat logam di London.

Dalam satu kisah yang majhur, West Ham mula menggunakan warna claret dan biru ini selepas pemain mereka menang judi.

Evolusi jersi West Ham as

Judi yang dimaksudkan di sini bukanlah judi main daun atau main mesin, sebaliknya pertaruhan antara pemain Aston Villa salah seorang jurulatih mereka, William Dove.

Dove merupakan seorang pelari pecut dan pada suatu hari, empat pemain Aston Villa telah mencabar Dove bahawa mereka berempat mampu menewaskan Dove dalam lumba lari 100 ela.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Begitulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi kisah mereka ini di mana Dove telah menewaskan kesemua empat pemain tersebut.

Selepas tewas, kesemua pemain tersebut enggan membayar wang taruhan sebaliknya salah seorang pemain yang ditugaskan untuk membasuh jersi pada hari tersebut telah memberikan satu set jersi kepada Dove sebagai hadiah taruhan.

Nak dijadikan cerita pula, Dove mempunyai seorang anak, Charlie Dove, yang bermain untuk Thames Ironworks.

Dove si ayah lantas menyerahkan set jersi tersebut kepada anaknya yang kemudiannya menjual set jersi tersebut kepada kelab yang diwakilinya.

Sejak detik itu Thames Ironworks terus mengekalkan warna claret dan biru sehingga ke hari ini.

Pengajaran daripada kisah jersi warna claret dan biru ini ialah janganlah kita berjudi kerana judi itu menyusahkan.

Sekian flashback saya.

Baca Juga

Baca Juga