“Kalau Main Macam Ni Jangan Bermimpi Nak Menang Liga”- Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui yang Liverpool jangan bermimpi untuk mengejar Manchester City, seandainya mereka terus mempamerkan aksi persembahan yang sama seperti ketika bertemu Leicester City awal pagi tadi.

Liverpool dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Leicester City awal pagi tadi dengan anak-anak buah Jurgen Klopp telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mendukacitakan.

Ademola Lookman berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Leicester City dalam perlawanan tersebut, dan menyebabkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu semakin jauh ditinggalkan oleh Man City.

Kasper Schmeichel turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini, selepas beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Mohamed Salah.

Beliau turut berjaya menafikan beberapa percubaan merbahaya dari Sadio Mane, Diogo Jota dan Mo Salah sepanjang perlawanan.

Kecemerlangan para pemain Leicester City dan ditambah dengan kehambaran persembahan dari anak-anak buah Jurgen Klopp, telah menyebabkan Liverpool berdepan kekalahan kedua mereka sepanjang musim ini.

Ia secara tidak langsung mengakhiri rekod 10 perlawanan tanpa kalah Liverpool sepanjang musim ini, dan The Reds juga berpotensi untuk ketinggalan 12 mata di belakang Man City ketika mereka bertemu Chelsea nanti.

Bercakap tentang perebutan kejuaraan liga musim ini, Jurgen Klopp mendedahkan bahawa:

“Apa yang penting, Chelsea dan kami akan bertemu sesama sendiri. Ia bukan sebahagian dari rancangan kami untuk membenarkan City jauh mendahului. Jika kami terus bermain seperti malam ini, kami tak boleh bermimpi untuk mengejar City.”

Jelas Jurgen Klopp selepas tamat aksi kekalahan bertemu Leicester City.

“Jika kami bermain corak permainan kami dan kami boleh menang dalam perlawanan itu, kita boleh lihat berapa banyak mata yang boleh kami dapat dan apa yang boleh kami dapat dari itu.”

“Saya tak ada penjelasan secara terperinci untuk malam ini, untuk mencari sebab itu memang akan menjadi keutamaan saya, tapi bukan kerana City.”

“Kami tak seperti diri kami. Kami bermula dengan baik, saya tak suka dengan intensiti bahkan sejak dari awal sepak mula lagi. Kemudian kami hilang rentak dan gagal terus untuk temui rentak.”

“Kami menekan terlalu awal, berbanding bermain bertukar hantaran. Kami mencuba untuk mengubah itu pada separuh masa, tapi atas sebab tertentu ia tak berkesan.”

“Ketika mereka menjaringkan gol, sangat jelas yang kami berada di bawah tekanan, kami cuba menekan mereka, tapi kami gagal manfaatkan kesempatan yang ada. Mereka berhak dapatkan tiga mata.”

Leicester City berjaya bangkit dari kekalahan memalukan 6-3 di tangan Manchester City sebelum ini, dengan mereka mendiamkan sang penakluk dunia di King Power Stadium.

Kemenangan pada malam ini merupakan kemenangan ketiga Leicester City secara clean sheet sepanjang musim ini.

Untuk menunjukkan betapa dungunya jentera serangan Liverpool, Leicester City hari ini sama sekali tidak menurunkan barisan pertahanan terbaik mereka.

Pemain midfield, Daniel Amartey dan Wilfred Ndidi terpaksa diturunkan sebagai pemain centre-back dalam perlawanan ini kerana pemain utama terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

Schmeichel berjaya memastikan gawang golnya tidak dibolosi dengan beliau melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia ketika menyelamatkan sepakan penalti Mo Salah.

Salah selain gagal menyempurnakan sepakan penalti, beliau juga gagal untuk menyudahkan bola muntah hasil dari sepakan penalti beliau itu.

Kasper Schmeichel sememangnya menjadi penghalang utama Mo Salah untuk meledak gol dalam perlawanan ini dengan beberapa percubaan dari bintang Mesir itu berjaya beliau nafikan.

Sementara Jordan Henderson dan Diogo Jota beberapa kali melakukan percubaan meliar dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini membantu Leicester City untuk mendaki ke kedudukan kesembilan dalam carta liga, dan Rodgers selepas tamat perlawanan turut meluahkan rasa gembira beliau dengan keputusan perlawanan ini.

“Dari konteks dalam perlawanan ini, selepas apa yang berlaku hujung minggu lalu, para pemain telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.”

“Jika kamu fikir tentang masa penyembuhan, saya sangat berbangga dengan para pemain kerana mampu menyesuaikan diri.”

“Kami perlu terus kuat dan bertahan dengan sempurna dan mereka berjaya memberikan yang terbaik.”

“Jika kamu lihat pada hujung minggu lalu, bahkan keputusan perlawanan 6-3, dua merupakan sepakan penalti dan set piece. Kami membenarkan diri kami ketinggalan dari serangan set pieces, jadi kami perlu ubah hal itu.”

“Saya hanya fikir yang kami perlu kembali kepada asas. Main cara old school, pertahanan naik dan turun, dan dua pertahanan hari ini sungguh menakjubkan. Penjaga gol juga sangat cemerlang.”

Sumber: This Is Anfield

BACA:  Kevin De Bruyne Disarankan Supaya Sertai Liverpool