“Kami Dah Kembali” – Pique Beri Amaran Yang Barcelona Sudah Kembali Menjadi Kuasa Besar Bola Sepak

Barcelona menikmati malam terbaik mereka sepanjang musim 2021/22 ini dengan membelasah musuh tradisi kelab, Real Madrid.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu berjaya mengaibkan seteru utama mereka, Real Madrid dengan mereka turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Gergasi Catalan itu mencatatkan kemenangan 4-0 menewaskan Los Blancos dengan Pierre Emerick Aubameyang (2 gol), Ronald Araujo dan Ferran Torres muncul sebagai penjaring gol.

Bukan hanya cemerlang mengutip tiga mata penuh, Barcelona bahkan berjaya mengaibkan musuh tradisi mereka itu dengan mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu nampak langsung tak boleh melawan dan sekadar mampu melihat sahaja Barca menguasai perlawanan yang dilangsungkan di Santiago Bernabeu itu.

Aubameyang, Torres dan Ousmane Dembele sangat berkesan di bahagian jentera serangan Barcelona, sementara Araujo cemerlang menyimpan Vinicius Jr dalam poketnya.

Para pemain Barcelona jelas sekali meraikan kemenangan tersebut dengan penuh semangat dan gembira sebaik pengadil membunyikan wisel penamat.

Pemain veteran kelab, Gerard Pique kemudiannya memutuskan untuk sambung keraian di media sosial dengan menulis tiga kata yang sungguh dasyat.

Tidak lama selepas tamat perlawanan tersebut, Pique memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan menulis:

“Kami dah kembali.”

Tulis pemain kebangsaan Sepanyol itu di laman twitter miliknya.

Tidak mengejutkan juga untuk melihat bagaimana ciapan pendek itu mendapat begitu banyak sukaan dan perkongsian dari para peminat di media sosial.

Ciapan dari Gerard Pique selepas tamat El Clasico

Dakwaan Pique mungkin benar kerana skuad Barca pada ketika ini sepertinya jauh lebih bagus berbanding mereka pada awal musim baru-baru ini.

Barca sekarang kembali menjadi Barcelona dahulu yang mana mereka sebelum ini dianggap sebagai kuasa besar dalam dunia bola sepak.

Selepas melalui kesukaran sejak beberapa musim kebelakangan ini, skuad Barca pada awal musim ini dilihat sebagai antara skuad paling teruk dalam sejarah mereka.

Kehilangan Lionel Messi pada musim panas lalu memberi tamparan hebat kepada Barcelona dan ramai yang percaya gergasi Catalan itu sukar untuk kembali mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka.

Di bawah kendalian Ronald Koeman, Barca nampak sangat bergelut dan ada yang percaya mereka musim ini mungkin akan mengakhiri saingan La Liga di kelompok 15 teratas sahaja.

Namun sejak Xavi Hernandez mengambil alih kelab, beliau berjaya mengubah situasi dengan Barca kini nampak sangat garang berbanding pada awal musim lalu.

Pengurus Barcelona itu walau bagaimanapun tidak mahu terbuai dengan kejayaan tersebut, dan beliau sepertinya tidak mahu menggunakan ayat sama seperti Pique untuk menggambarkan situasi kelab pada ketika ini.

Ketika sesi temu bual selepas tamat perlawanan, Xavi menyatakan bahawa:

“Adakah kami sudah kembali? Ia adalah hari untuk dinikmati. Kami kembali dari persembahan buruk bertemu mereka dan kami bermain dengan sangat baik.”

Namun walau beliau awalnya nampak seolah-olah mahu merendah diri, namun di akhir ucapannya, Xavi seolah-olah menambah garam pada luka Real Madrid.

“Kami jangka akan ada perlawanan yang sengit.”

Pedih kan? Nampak sangat Xavi nak kata yang Real Madrid langsung tak melawan.

Barcelona selepas ini akan kembali memulakan kempen saingan La Liga bertemu Sevilla selepas tamat rehat antarabangsa Mac nanti.

Gergasi Catalan itu berpotensi untuk naik ke kedudukan kedua seandainya mereka berjaya menewaskan Sevilla nanti.

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh sebuah pasukan yang pada awal musim lalu, ramai percaya mereka tak akan mampu berada di kelompok enam teratas dalam saingan La Liga.

Sumber: GMS

BACA:  Xavi Ketepikan 5 Pemain Dari Sertai Sesi Jelajah U.S Dan Mahu Mereka Segera Dijual