Kane Menjadi Bahan Jenaka Salah dan Rakan-Rakan Serta Dunia Bola Sepak

Tottenham Hotspurs telah meminta FA untuk menyemak kembali gol yang dijaringkan Cristian Eriksen dan diberikan kepada Harry Kane kerana melakukan sentuhan ketika bola itu masuk ke jaring.

Ketika permohonanini dibuat perkara ini telah menjadi bahan lawak di sosial media dan apabila FA membuat keputusan bahawa gol itu menjadi milik Kane semakin bersemarak troll terhadap Kane seperti mana jatuhnya hari mengundi pada rabu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berbunyi jika dibaca kuat-kuat :

“Pada asalnya di hari kejadian gol diberikan kepada Cristian Eriksen. Namun selepas mendengar hujah pemain dan menyemak kembali cuplikan perlawanan. Tiga panel telah bersetuju bahawa sentuhan terakhir bola tersebut adalah dari Harry Kane.”

Keputusan ini juga menjadikan jaringan Harry Kane kepada 25 gol dan hanya 4 gol dibelakang Mohammed Salah yang mencetak 29 gol bersama Liverpool di Premier League.

Mohammed Salag tidak terkecuali untuk mempersoalkan tindakan FA dengan satu Tweet yang ringkas tapi padat serta mencuit hati.

Tweet Salah ini kemudian disambut oleh rakan sepasukan nya di Liverpool.

“Wooooooow really?”

https://twitter.com/FourFourTweet/status/984109061183590402

Selain jadi bahan jenaka, Kane juga dikecam dan dibawang selumat-lumatnya.

Inilah Gol diclaim Kane

Harry Kane kembali semula bersama Spurs selepas mengalami kecederaan kehancuran buku lali.

Spurs tiada masalah untuk menewaskan Stoke City sekaligus mencatat kemenangan ke-6 berturut-turut.

Tiga gol terhasil dalam tempoh 10 minit di mana Cristian Eriksen meletakkan Spura dihadapan pada minit ke-52.

Lima minit kemudian ketika perlawanan memasuki minit ke-57 Mame Biram Diouf menyamakan kedudukan selepas Hugo Lloris melakukan kesilapan.

Eriksen menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma yang mengelirukan.

Baca Juga

Baca Juga