Kane: Pengadil Punca England Tewas Di Tangan Sepanyol

Kapten England, Harry Kane mendakwa pengadil gagal membuat keputusan yang tepat apabila membatalkan jaringan penyamaan Danny Welbeck pada waktu kecederaan.

Welbeck yang masuk menggantikan Marcus Rashford pada lewat permainan bersorak gembira apabila menolak masuk bola ke dalam gawang Sepanyol untuk gol penyamaan England. Welbeck memperoleh peluang tersebut selepas bola terlucut dari dakapan David De Gea dan kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin Welbeck yang berada berhampiran.

Ref gilooo

Pengadil perlawanan, Danny Makkelie pada mulanya memberikan gol kepada England tetapi selepas perbincangan singkat dengan penjaga garisan, beliau melakukan ‘u-turn’ dan mengubah fikiran membatalkan jaringan Welbeck kerana kekasaran terhadap De Gea.

Jika dilihat dari rakaman ulang rayang, terdapat sentuhan yang agak minima dari Welbeck ketika De Gea cuba menangkap bola. Pengulas perlawanan, Gary Neville pula berkata Welbeck melakukan sedikit tolakan terhadap De Gea menyebabkan penjaga gol itu hilang keseimbangan lalu melepaskan bola.

Kane jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut dan mendakwa Welbeck tidak melakukan sebarang kesalahan ketika kejadian. Apabila ditanya adakah gol tersebut wajar diberikan atau tidak, Kane memberikan jawapan yang padu dan menyalahkan pengadil kerana tidak cukup ‘kuat’.

Welbeck bersorak keriangan meraikan jaringan penyamaan England. Tetapi…

“Yeah 100 percent. Ia merupakan situasi penting dalam perlawanan dan anda memerlukan pengadil yang kuat untuk membuat keputusan dalam situasi sukar seperti itu. Malangnya, beliau gagal berbuat demikian.”

“Danny Welbeck hanya berdiri di situ sahaja. Penjaga gol Sepanyol keluar untuk menangkap bola dan beliau jatuh di atas Welbeck. Welbeck menyepak masuk bola ke dalam gol dan tiba-tiba pengadil berkata ia merupakan satu kesalahan. Whattttheeee…”

Ref bayarrrr

“Dalam situasi penting sebegini, anda memerlukan seorang pengadil yang tegas yang mampu berdiri dengan tenang apabila berada dalam tekanan. Saya berasa agak kecewa perlawanan tadi berakhir dengan cara itu.”

“Welbeck hanya berdiri sahaja. De Gea melompat untuk menangkap bola dan ketika beliau turun, dia jatuh di atas Welbeck. Welbeck tidak melakukan sebarang kesalahan kepada De Gea untuk menyebabkan bola terjatuh ke atas tanah.”

“Kadang kala penjaga gol mendapat layanan terlebih istimewa daripada pengadil dan ia merupakan sesuatu yang malang buat kami.”

Dalam perlawanan pertama UEFA Nationas League A Group 4 malam tadi, England tewas tipis 2-1 kepada Sepanyol di hadapan 80,000 peminat yang membanjiri stadium Wembley.

England membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi Marcus Rashford yang menyambar baik hantaran dari bek kiri, Luke Shaw.

Kepala Welbeck tiba-tiba menjadi halus

Kegembiraan peminat England tidak berkekalan lama kerana Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan 2 minit selepas itu. Saul Niguez merembat kencang bola dari hantaran Rodrigo untuk menewaskan Jordan Pickford.

Pickford sekali tewas pada minit ke-32 apabila Rodrigo menolak masuk bola dari sepakan percuma Thiago Alcantara untuk mendahului perlawanan buat kali pertama. England melakukan serangan bertali arus ke arah gawang Sepanyol tetapi penyudah yang tumpul menjadi penghalang.

BACA:  Kelayakan Piala Dunia: England 5-0 San Marino