Kante Berjaya Menjadi Pemain Keempat Dalam Sejarah Yang Pernah Julang EPL, UCL, CWC Dan Piala Dunia

N’Golo Kante berjaya mencipta sejarah menjadi pemain keempat yang mampu memenangi Premier League, Champions League, FIFA Club World Cup dan Piala Dunia.

Chelsea berjaya menewaskan Palmeiras 2-1 untuk mengesahkan kemenangan mereka menjuarai saingan FIFA Club World Cup di Abu Dhabi semalam.

Ia merupakan satu lagi Piala bermakna untuk The Blues dan untuk Kante sendiri kejayaan itu mengukuhkan kedudukan beliau sebagai antara pemain paling decorated dalam dunia bola sepak modern.

Beliau merupakan sebahagian dari pemain yang berjaya membawa Leicester City muncul sebagai Juara saingan Premier League pada musim 2015/16.

Beliau kemudiannya sekali lagi memenangi gelaran sama bersama Chelsea, setahun selepas beliau meninggalkan Leicester City.

Kante juga merupakan nadi penting dalam sistem kendalian Didier Deschamps yang berjaya untuk memenangi gelaran Piala Dunia di Rusia pada tahun 2018 yang lalu.

Tahun lalu, bintang berusia 30 tahun itu memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu Chelsea untuk menjuarai saingan Champions League.

Minggu ini, beliau berjaya menjulang satu lagi Piala yang paling berprestij dengan Kante membantu Chelsea menjulang FIFA Club World Cup.

Pemain midfield terhebat dunia itu secara rasminya kini telah berjaya memenangi kesemua empat Piala terbesar itu sepanjang kariernya.

Selain Kante, siapa lagi yang pernah menang kesemua empat Piala tersebut?

Thierry Henry merupakan pemain pertama yang berjaya mencapai kejayaan tersebut dengan beliau memenangi gelaran Piala Dunia pada tahun 1998 dan kemudian menjulang gelaran Premier League pertamanya pada tahun 2002.

Ketika kariernya bersama Barcelona, beliau berjaya membawa pulang kedua-dua kejuaraan Champions League dan FIFA Club World Cup pada tahun 2009.

Gerard Pique juga merupakan antara pemain yang pernah memenangi empat Piala utama itu sepanjang kariernya dengan beliau pernah menjulang Champions League dan Premier League di Old Trafford pada tahun 2008.

Beliau kemudiannya berjaya memenangi tiga lagi gelaran Champions League dan tiga gelaran FIFA Club World Cup ketika kariernya di Nou Camp.

Beliau juga turut berjaya memenangi gelaran Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Sepanyol pada tahun 2010 yang lalu.

Pemain terakhir yang pernah melakukan hal yang sama adalah Pedro yang memenangi Piala yang sama seperti Pique di Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol.

Sementara beliau memenangi gelaran Premier League pula ketika beraksi bersama Chelsea.

Chelsea terpaksa bermain bermati-matian untuk menewaskan Palmeiras semalam, dalam usaha mereka untuk menjuarai saingan FIFA Club World Cup.

Raphael Veiga berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Romelu Lukaku menerusi sepakan penalti pada aksi babak kedua perlawanan.

Dengan Kai Havertz cemerlang menjaringkan gol kemenangan Chelsea juga menerusi sepakan penalti di minit-minit akhir tambahan masa untuk mengesahkan kemenangan milik The Blues.

Cesar Azpilicueta dilihat seolah-olah mahu mengambil sepakan penalti tersebut, namun hakikatnya beliau ketika itu hanyalah sedang bermain permainan minda dengan pasukan lawan.

Ketua pasukan Chelsea itu menjelaskan bahawa:

“Ia merupakan taktik kerana saya tahu bagaimana mereka, saya tahu mereka akan datang ke arah pengambil sepakan penalti, jadi saya pegang bola.”

“Kai tahu yang dia akan rembat, jadi dia ambil masa tu untuk hilangkan tekanan. Ia merupakan detik penentu dan Kai merupakan salah seorang pengambil sepakan penalti terbaik kami.”

“Saya tunggu dan dengar segalanya dari pemain mereka, dan saya rasa ia berkesan, yang mana itulah perkara paling penting.”

Cesar Azpilicueta sendiri sebenarnya sudah menang semuanya yang boleh dimenangi di Stamford Bridge dan jelas sekali beliau akan dikenang sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Mahu Menonton Tennis Bersama Shakira, Pique Minta FA Tunda Perlawanan Sepanyol