Kante Buka Mulut Perbezaan Chelsea dan Leicester

Pemain tengah Chelsea, N’golo Kante telah bercerita secara ringkas tentang perbezaan antara kelabnya ketika ini, Chelsea dan kelab lamanya, Leicester City. Pada musim lalu, Kante telah memenangi liga dalam satu musim yang cukup magis dan dilihat bakal menjulang liga sekali lagi pada musim ini bersama The Blues.

Ketika ditanya wartawan apakah perbezaan antara kedua-dua kelab, Kante terus mengatakan bahawa Chelsea merupakan kelab bermentaliti juara dan cara mereka mengendalikan sikap mereka dalam memburu kejuaraan juga berbeza.

Pemain terbaik Antonio Conte itu berkata,”Beza yob, memang beza pasei musim lepas, kami juga berada di puncak liga pada peringkat ini, tapi kami tak sangka kami duk situ.

“Kami sekadar nak kekalkan kedudukan di situ selama mungkin. Kami tak pasti kami mampu jadi juara ke tidak, sebab banyak lagi pasukan di belakang kami.

Pemain terbaik Chelsea setakat ini.

“Tapi di Chelsea ni memang beza yob. Kelab ni kelab juara. Kami nak menang semua yang ada di depan mata dan selalu mahu berada di atas. Nak kata istimewa tu idok ler jugak tapi kami memang nak menang setiap perlawanan.

“Lagipun di Chelsea ni, teman ghaser dalam 80-90 peratus pemain dah pernah menang piala, sama ada di Chelsea atau di tempat lain. Kome boleh tengok orang kat sini kekal tenang sebab kami belum bergelar juara lagi.

Kante budak Kinta anak buah Conte ini juga turut berkata dia cuba untuk memperbaiki ‘latihan ghaib’nya – iaitu latihan di luar padang latihan.

“Teman cuba ler tidur lena, cuba makan benda elok dan buat yang terbaik untuk kesihatan dan badan teman. Sekali sekala teman tengok video ceramah Ustaz Kazim.

Kante turut mengakhiri temuramah tersebut dengan satu soalan, “Eh, teman nak tanya, page-page Facebook penyokong Leicester di Malaysia dah hilang ke mana ye yob? Lama teman mencari, tak jumpa-jumpa.”

Baca Juga

Baca Juga