Kante Dedahkan Bagaimana Mahu Menyebut Nama Beliau Dengan Betul

Pemain comel dan genit Chelsea, N’golo Kante telah mendedahkan bagaimana untuk menyebut nama beliau dengan betul walaupun nampak mudah tetapi ramai yang agak keliru bagaimana sebutan nama Kante yang betul.

Pengulas bola sepak sering menyebut nama Kante dengan sebutan yang berbeza dan menimbulkan tanda tanya mana sebutan yang betul bagi nama Kante? ‘Kan-tay’ atau ‘Kon-tay’? Mana satu yang betul?

Senyuman manis yang menawan antara kelebihan Kante

Seorang wartawan daripada BBC, Will Perry mencari jawapan sebenar untuk perkara ini dengan menemuramah sendiri N’golo Kante dan itulah sebaik-baik penyelesaian kepada perkara ini.

Will Perry : Jadi kita akan mendengar dari mulut tuan badan sendiri. Bagitahu semua macam mana nak sebut nama kau?

N’golo Kante : Di Perancis nama aku disebut N’golo Kon-tay dan di Mali dan beberapa tempat lain disebut N’golo Kan-tay.

Will Perry : Sangat meyakinkan, jadi kau lebih suka yang mana?

N’golo Kante : Kon-tay, Kon-tay.

Sebenarnya tak salah pun sebutan nama Kante ni jadi ‘Kan-tay’ atau ‘Kon-tay’ tapi dah tuah badan lebih suka disebut ‘Kon-tay’ maka sebut jela ‘Kon-tay’. Dari segi ejaan masih sama Kante.

Kecederaan telah membataskan penampilan Kante yang merupakan pemengan dua kali Premier League bersama Leicester City dan Chelsea, Knate telah terlepas beberapa perlawanan pada awal musim bersama Chelsea.

Sekumpulan remaja sedang menjulang satu piala, dengan seorang kanak-kanak hanya mampu melihat dari tepi. Kanak-kanak yang sedang melihat piala itu sebenarnya ialah Kante dan piala yang dijulang pula merupakan piala anugerah pemain terbaik kejohanan yang dianugerahkan kepada Kante!

Sejak kembali daripada kecederaan, Kante telah bermain 9 perlawanan di Premier League dan 3 kali di Champions League. Jadi kau dah tahu kan kenapa Chelsea sendu di awal musim dan kembali konsisten.

Karier bola sepak Kante bermula daripada kelab kecil yang mungkin tak pernah kau dengar, Suresnes sebuah kelab amatur di mana mereka bermain di divisyen sembilan dalam piramid bola sepak Perancis.

Ibu bapa Kante tiba di Paris dari Mali pada tahun 1980 dan Kante membesar hanya tidak jauh dari padang Suresnes, dalam rumah flat yang kecil bersama lagi tujuh adik beradiknya.

Kante ketika mewakili Boulogne

Kante telah menjalani trial di Paris Saint Germain, Lorient, Rennes, Sochaux dan banyak lagi namun kesemua usaha tersebut hanya ditemukan dengan kehampaan kerana saiznya yang kecil.

Pada usia 19 tahun, Kante menyertai Boulogne dan Boulogne menerima Kante sebagai pemain amatur demi membantu perkembangannya sebagai pemain bola sepak. Usia 19 tahun masih amatur.

Boulogne terjerumus ke divisyen tiga dan kehilangan beberapa pemain utama dan ini membuka peluang kepada Kante untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Aksi Kante bersama Caen

Kerana kehebatannya bersama Boulogne, Kante telah dibeli Caen, kelab divisyen dua dan kecemerlangan Kante telah membantu kelab tersebut naik ke Ligue 1.

Sejak itu, Kante mula menarik perhatian umum, terutamanya media seperti The Sukan.

Dua tahun di Caen, Kante disambar Leicester City dan bak kata mat saleh, the rest is history.

Baca Juga

Baca Juga