Tidak dapat dinafikan, N’Golo Kante merupakan tonggak utama pasukan yang tidak ramai penyokongnya di Malaysia – Chelsea. Larian tanpa jemu serta terjahan bernafsunya terhadap pemain lawan sangat membantu pasukan The Blues tidak tersingkir ke Liga Kejuaraan.
Walaubagaimanapun, Kante dilaporkan bakal mengecewakan penyokong Chelsea apabila dikatakan berhajat untuk meninggalkan pasukan tersebut pada hujung musim ini.
Gergasi La Liga, Barcelona dikhabarkan sedang mempersiapkan pasukan rundingan untuk membawa pemenang Piala Dunia 2018 ini ke Nou Camp, namun Kante dilihat lebih berminat untuk menyertai empat pasukan – Real Madrid, Juventus, Bayern Munich atau Kedah.
![Image result for kante and zidane](https://90l.tribuna.com/images/2e/b2/d6/2eb2d686865649ffbc30e11216f74109500x500@2x.jpg)
Nilai pasaran semasa Kante adalah sekitar GBP 85juta – dan nilai ini dilihat bukan satu masalah besar bagi pasukan di atas memandangkan mereka sememangnya mempunyai kuasa kewangan yang besar.
Berikut adalah situasi yang mungkin akan terjadi sekiranya pasukan tersebut dipilih Kante.
Barcelona
![Image result for barcelona midfielders](https://cdn.vox-cdn.com/thumbor/tLq8psmzKAZQxnAmkarJRX2CwA0=/0x0:2667x4000/1200x800/filters:focal(1114x531:1540x957)/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/65454767/1179464877.jpg.0.jpg)
Kelab Catalan ini mempunyai ramai pemain tengah yang hebat sehinggakan Ivan Rakitic sukar untuk mendapat tempat di kesebelasan utama. Sergio Busquets, Arturo Vidal, Frankie De Jong – salah seorang daripada pemain ini akan kehilangan minit permainan dengan kehadiran Kante.
Real Madrid
Pemain yang bermain di posisi Kante di kelab ibu kota Sepanyol ini adalah Casemiro dan juga Federico Valverde. Valverde masih lagi muda dan mungkin akan lebih banyak diturunkan sebagai pemain gantian, sekaligus menjadikan Casemiro bakal dikorbankan untuk memberi laluan kepada Kante.
Bayern Munich
![Image result for joshua kimmich](https://i1.wp.com/statsbomb.com/wp-content/uploads/2019/09/PA-45364431.jpg?fit=840%2C560&ssl=1)
Kante mungkin akan digandingkan bersama Joshua Kimmich dan Thiago Alcantara dan Leon Goretzka mungkin tidak akan menyarung jersi gergasi Bavaria ini.
Kedah
![Image result for kante kedah](https://pbs.twimg.com/media/EKS0pkjUUAEA1cJ.jpg:large)
David Rowley bakal kehilangan tempat kepada pemain Perancis ini, sambil Badrol Bakhtiar akan lebih fokus ke bahagian tengah serangan untuk membentu Kpah Sherman dan Tchece Kipre mendapatkan sebanyak gol mungkin, sekaligus membantu Kedah muncul naib juara Liga Super di belakang JDT.
Sumber berita : Daily Mail Sports