Kante Mahu Tinggalkan Chelsea Pada Penghujung Musim

Tidak dapat dinafikan, N’Golo Kante merupakan tonggak utama pasukan yang tidak ramai penyokongnya di Malaysia – Chelsea. Larian tanpa jemu serta terjahan bernafsunya terhadap pemain lawan sangat membantu pasukan The Blues tidak tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Walaubagaimanapun, Kante dilaporkan bakal mengecewakan penyokong Chelsea apabila dikatakan berhajat untuk meninggalkan pasukan tersebut pada hujung musim ini.

Gergasi La Liga, Barcelona dikhabarkan sedang mempersiapkan pasukan rundingan untuk membawa pemenang Piala Dunia 2018 ini ke Nou Camp, namun Kante dilihat lebih berminat untuk menyertai empat pasukan – Real Madrid, Juventus, Bayern Munich atau Kedah.

Image result for kante and zidane
Semangat asobiyah mungkin mampu memainkan peranan dalam perpindahan Kante keluar dari Chelsea. Gambar : Tribuna

Nilai pasaran semasa Kante adalah sekitar GBP 85juta – dan nilai ini dilihat bukan satu masalah besar bagi pasukan di atas memandangkan mereka sememangnya mempunyai kuasa kewangan yang besar.

Berikut adalah situasi yang mungkin akan terjadi sekiranya pasukan tersebut dipilih Kante.

Barcelona

Image result for barcelona midfielders
Vidal mungkin sudah boleh memikirkan kelab China yang boleh disertainya. Gambar : Barca Blaugranes

Kelab Catalan ini mempunyai ramai pemain tengah yang hebat sehinggakan Ivan Rakitic sukar untuk mendapat tempat di kesebelasan utama. Sergio Busquets, Arturo Vidal, Frankie De Jong – salah seorang daripada pemain ini akan kehilangan minit permainan dengan kehadiran Kante.

Real Madrid

Image result for casemiro
Bakal dikorbankan. Gambar : Yahoo! Sports

Pemain yang bermain di posisi Kante di kelab ibu kota Sepanyol ini adalah Casemiro dan juga Federico Valverde. Valverde masih lagi muda dan mungkin akan lebih banyak diturunkan sebagai pemain gantian, sekaligus menjadikan Casemiro bakal dikorbankan untuk memberi laluan kepada Kante.

Bayern Munich

Image result for joshua kimmich
Kimich pasti boleh berganding dengan Kante di Bayern. Gambar : Statsbomb

Kante mungkin akan digandingkan bersama Joshua Kimmich dan Thiago Alcantara dan Leon Goretzka mungkin tidak akan menyarung jersi gergasi Bavaria ini.

Kedah

Image result for kante kedah
Bakal memenuhkan Stadium Darul Aman sebelum menyertai kelab sekitar Singapura musim berikutnya. Gambar : Twitter

David Rowley bakal kehilangan tempat kepada pemain Perancis ini, sambil Badrol Bakhtiar akan lebih fokus ke bahagian tengah serangan untuk membentu Kpah Sherman dan Tchece Kipre mendapatkan sebanyak gol mungkin, sekaligus membantu Kedah muncul naib juara Liga Super di belakang JDT.

Sumber berita : Daily Mail Sports

Baca Juga

Baca Juga