Kante dan Mini Coopernya Disorak Meriah Ketika Mahu Meninggalkan Stadium

N’Golo Kante yang setia bersama kereta Mini Coopernya telah disorak dengan begitu meriah oleh penyokong Chelsea ketika mahu meninggalkan Stamford Bridge dan pulang ke rumah.

Selepas menjadi pemain bintang, N’Golo Kante telah menjadi pemain kesayangan dalam dunia bola sepak lantaran sifat rendah diri lagi tawaduk serta pemalu beliau.

Diatas padang, Kante fokus sepenuhnya dan sering mempamerkan aksi masterclass dan berkualiti tinggi menjadikan beliau pemain kesayangan peminat.

Cerita tidak enak mengenai Kante tidak diperkatakan oleh media mungkin kerana sifat rendah diri yang ada pada beliau yang sentiasa berserderhana dalam semua perkara termasuk ketika memenangi Piala Dunia.

Sebelum sepak mula berlangsung, Cesc Fabregas telah membuat ramalan bahawa pemain terbaik perlawanan separuh akhir kedua antara Chelsea dan Real Madrid akan menjadi milik Kante.

Keyakinan Fabregas kepada Kante disandarkan kepada aksi berkelas dunia yang ditunjukkan Kante pada separuh akhir pertama.

“Ramalan aku pemain terbaik perlawanan adalah N’Golo Kante. Beliau memang terpbaik pada perlawanan pertama dan pemain berkelas dunia.”

“Tenaganya di tengah padang akan menjadi kunci kemenangan perlawanan untuk Chelsea.”

N’Golo Kante telah membuktikan bahawa ramalan yang dibuat oleh Cesc Fabregas itu benar apabila sekali menjadi pemain terbaik perlawanan dan membawa Chelsea ke final.

Pemain antarabangsa Perancis itu telah menjadi arkitek kepada dua gol kemenangan Chelsea yang telah dijaringkan oleh Timo Werner dan Mason Mount.

Nama Kante tidak dicatat sebagai pembuat bantuan gol tetapi di mata penonton semua tahun Kantelah yang menjadi punca gol itu terhasil.

Lantaran itu Kante telah disambut meriah oleh peminat Chelsea yang menunggu diluar Stamford Bridge apabila melalui jalan tersebut dengan Mini-Coopernya.

Polis membuka laluan supaya Kante dapat melalui jalan tersebut dan dapat dilihat Kante sempat melambai kepada peminat Chelsea yang setia menunggu.

Peminat Chelsea sempat menyembur Mini Cooper Kante dengan minuman berkarbonat (bersangka baik) sebelum Kante berlalu pergi.

Tidak seperti pemain bola sepak bintang yang lain memilih kereta sukan berjenama seperti Ferarri, Laborghini, Proton, Myvi atau Rolls Royces, Kante selesa memandu Mini Cooper.

Mini Coopernya itu dibeli pada tahun 2015 ketika hadir ke bumi Inggeris untuk bergabung bersama Leicester City dan itulah satu-satunya kereta Kante sejak dahulu.

Walaupun pernah terlibat dalam kemalangan yang mendatangkan kerosakan teruk kepada Mini Coopernya, Kante masih lagi setia menunggang.

Kante Tidak Pernah Terfikir Untuk Memiliki Kereta

Selepas menyertai Leicester City dengan gaji agak tinggi, N’golo Kante tidak pernah terfikir untuk memiliki sebuah kenderaan untuk menjadi tunggangannya seharian ke tempat latihan.

Perkara ini didedahkan oleh Daniel Taylor dari The Guardian selepas berborak dengan rakan sepasukan Kante pada tahun 2017.

“Ramai beranggapan Kante memilih Mini Cooper kerana mudah dikendalikan berbanding mesin super yang digunakan oleh rakan-rakan yang lain.”

“Bahkan ketika mula tiba di Leicester City Kante tidak pasti adakah beliau perlukan sebuah kenderaan beroda.”

“Mungkin pada ketika itu, Kante berfikir akan berlari untuk sesi latihan setiap hari dan perkara ini bukan selalu terjadi di Premier League.”

Kante telah memilih Mini Cooper yang comel seperti beliau berbanding kereta mewah yang lain seperti Porsche, Ferrari, Myvi atau jenama mewah yang lain.

Harga sebiji Mini Cooper di Englad adalah sekitar £25,000(RM137,000) bagi unit yang baru, tak termasuk modifikasi bumper dan lampu untuk menjadikan kereta ini kelihatan seperti Perodua Kelisa.
.
Dengan gaji £39,000 seminggu atau hampir £160,000 Kante mampu untuk memiliki kereta mewah pada ketika itu.

Mini Cooper Kante Kemalangan

Hanya satu musim sahaja N’Golo Kante bersama Leicester City yang mencipta kejutan sensasi menjuarai Premier League dan Kante menarik minat Antonio Conte lalu terus disambar Chelsea.

Gaji Kante bersama Chelsea berlipat kali ganda dan melebihi £100,000 seminggu dan mampu membeli 5-6 buah Mini Cooper baru dengan gajinya itu namun Mini Cooper lama masih setia digunakan.

Pada Januari 2018, Mini Cooper kesayangan N’Golo Kante telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kerosakan agak teruk dibahagian luaran.

Kante memandu ke Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Arsenal di saingan Carabao Cup dan kemalang terjadi di King Road.

Bahagian depan sebelah tayar kiri telah calar balar dan kemik dicium lori, manakala cermin sisi pula terkulai layu namun Kante tenang dan sempat melayan selfie bersama peminat.

Sehari kemudian, paparazi telah berjaya menangkap gambar Kante ke sesi latihan dengan mini cooper yang mengalami kemalangan sehari sebelum itu.

Sedikit rawatan diberikan Kante kepada mini cooper beliau dengan menyambung balik cermin sisi yang patah dengan pita pelekat.

Itulah sifat tawaduk Kante yang tidak perlukan kereta mewah dan memahami fungsi sebenar kenderaan yang hanya mampu membawa beliau dari titik A ke titik B.

Perkara ini di akui sendiri oleh Kante yang menyifatkan beliau bukan seorang pencinta kereta dan tiada impian untuk berkereta mewah.

“Aku tidak pernah menjadi seseorang yang sukakan kereta dan ketika aku masih muda aku tidak pernah bercita-cita memiliki kereta atau sesuatu seperti itu.”

“Tapi mini aku, untuk permulaan sangat bagus untuk belajar dengan tempat duduk pemandu di sebelah kiri. Aku dapat masa kat Leicester dan aku masih guna sekarang. Ia sangat bagus.”

BACA:  Rangkuman Aksi Kante Sepanjang Tahun 2021 Bukti Nyata Beliau Layak Memenangi Anugerah Ballon D'or