Karim Benzema Cemerlang Jaringkan Gol Penting Bantu Madrid Comeback Tewaskan Sevilla

Real Madrid berjaya melakukan comeback yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi bertemu Sevilla sebelum ini.

Dari ketinggalan 2-0, Los Blancos berjaya bangkit menjaringkan tiga gol untuk mengesahkan kemenangan 3-2 menewaskan Sevilla dengan Karim Benzema muncul wira yang menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan pelawat.

​Kemenangan itu secara tak langsung membantu Real Madrid untuk memimpin carta saingan La Liga dengan kelebihan 15 mata mengatasi Sevilla, Barcelona dan Atletico Madrid yang berada di kedudukan kedua, ketiga dan keempat.

​Sevilla memulakan perlawanan dengan sangat baik selepas mereka meledak dua gol pada aksi babak pertama menerusi Ivan Rakitic dan Erik Lamela.

Rakitic meledak gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-21 permainan sebelum bekas bintang Tottenham Hotspur, Erik Lamela menggandakan kedudukan empat minit selepas itu.

Mendahului 2-0 dengan perlawanan baru berlangsung 30 minit, jelas sekali Sevilla sangat selesa dan yakin mereka akan pulang dengan membawa tiga mata penuh.

Walau bagaimanapun, selepas masuk aksi babak kedua permainan, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dengan tiba-tiba mendominasi permainan dan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu pasukan tuan rumah.

Rodrygo terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Real Madrid pada minit ke-50 permainan seterusnya membangkitkan semangat rakan sepasukannya untuk memburu tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-82 permainan, giliran Nacho Fernandez menjaringkan gol penyamaan untuk Real Madrid mengikat Sevilla 2-2.

Real Madrid akhirnya berjaya melengkapkan come back pada masa kecederaan permainan menerusi wira handalan kelab, Karim Benzema.

Benzema jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini dengan beliau musim ini kerap menjaringkan gol-gol penting untuk Real Madrid.

Sepertinya beliau calon paling layak untuk memenangi anugerah Ballon D’or selepas beliau musim ini telah berjaya menjaringkan 39 gol dari semua pertandingan untuk Los Blancos.

Ketika aksi pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini, beliau berjaya mencatatkan hat-trick bertemu PSG untuk membantu Real Madrid layak ke peringkat suku akhir.

Benzema sekali lagi cemerlang mempamerkan aksi persembahan sungguh menakjubkan ketika bertemu Chelsea di peringkat suku akhir dengan beliau turut mencatatkan hat-trick ketika aksi leg pertama di Stamford Bridge.

Melihat kepada sumbangan dan persembahan mantap yang beliau persembahkan, jelas sekali beliaulah calon paling layak untuk memenangi anugerah Ballon D’or akan datang ini nanti.

Real Madrid pada ketika ini sedang berada di puncak saingan La Liga dengan mengumpul 75 mata, 15 mata meninggalkan Sevilla yang berada di kedudukan kedua.

Real Madrid turut layak ke peringkat separuh akhir saingan Champions League selepas kejayaan mereka menyingkirkan Chelsea sebelum ini.

Mereka selepas ini dijadualkan bakal bertemu Manchester City di peringkat separuh akhir dan jelas sekali Carlo Ancelotti akan melakukan apa saja untuk membawa Los Blancos layak ke aksi perlawanan akhir.

Walaupun Carlo Ancelotti sebelum ini pernah hangat dikatakan bakal dipecat oleh kelab, namun beliau kini sepertinya telah berjaya menyelamatkan kariernya sebagai pengurus kelab.

Beliau sepertinya sudah hampir pasti untuk membantu kelab membawa pulang gelaran La Liga musim ini dan beliau juga berpotensi untuk memenangi gelaran Champions League.

Seandainya beliau berjaya untuk setidak-tidaknya layak ke aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini, Carlo Ancelotti jelas sekali tidak akan dipecat dan akan terus memimpin Real Madrid pada musim hadapan.

Mampukah beliau membantu Real Madrid untuk menjuarai saingan Champions League musim ini? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Benzema Diserang Bekas Penjaga Gol Israel Hanya Kerana Doakan Keselamatan Penduduk Palestin