Karim Benzema Umum Persaraan Dari Skuad Kebangsaan Perancis

Karim Benzema akhirnya besara apabila telah mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa dengan meninggalkan skuad kebangsaan Perancis selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2022.

Punca kepada persaraan Karim Benzema ini dilaporkan kerana ketegangan hubungannya dengan pengurus pasukan kebangsaan Perancis, Didier Deschamps.

L’Équipe melaporkan bahawa Karim Benzema langsung tidak menghubungi kakitangan skuad Perancis sejak pemergiannya dari Qatar hanya beberapa hari sebelum bermulanya Piala Dunia.

Penyerang berusia 35 tahun itu merupakan pemenang Ballon d’Or 2022, telah dipanggil menyertai skuad 26 pemain Didier Deschamps dan membuat perjalanan ke Timur Tengah.

Benzema tetap terpilih walaupun bergelut dengan masalah kecergasan menjelang kejohanan itu, penyerang Real Madrid itu ditimpa tangga pula apabila mengalami kecederaan peha ketika sesi latihan yang dianggap cukup serius dan terus dihantar pulang lalu terlepas keseluruhan kejohanan.

L’Équipe juga melaporkan bahawa pihak Benzema tidak berpuas hati dengan cara kecederaan pemain itu diuruskan, serta intensiti latihan pada 18 November, hari di mana dia mengalami kecederaannya.

Benzema mahu kekal bersama skuad Perancis yang akan memberinya potensi untuk menyertai Piala Dunia, tetapi dia akhirnya dihantar pulang oleh Deschamps. Penyerang itu kembali berlatih bersama Real Madrid sekitar seminggu lalu.

Sejak pemergiannya, tidak ada hubungan antara Benzema dan kakitangan Perancis, termasuk Deschamps. Penyingkirannya telah mencetuskan ketegangan antara pengurus dan pemain.

Karim Benzema telah dijemput menyertai skuad Perancis untuk perlawanan akhir bukan sebagai pemain tetapi penonton, tetapi dia enggan berbuat demikian.

Kemuncak kepada ketegangan ini menyaksikan pemain Real Madrid itu membuat keputusan meninggalkan skuad kebangsaan Les Blues buat selama-lamanya dengan mengumumkan persaraan.

Menulis di laman Twitternya, Benzema berkata:

“Saya melakukan usaha dan kesilapan yang diperlukan untuk berada di tempat saya hari ini dan saya berbangga dengannya!”

“Saya telah menulis kisah saya dan kisah kita akan berakhir. #Nueve”

Pengumuman persaraan Benzema ini telah dilakukan tepat pada hari jadinya yang ke-35, tanggal 19 December 1987 Karim Benzema dilahirkan di Lyon Perancis.

Karim Benzema membuat kemunculan bersama Perancis pada 2004 untuk bermula bersama skuad bawah 17 tahun, kemudian bawah 18 tahun, bawah 19 tahun dan bawah bawah 21 tahun.

Pada tahun 2007, Karim Benzema memecah masuk ke skuad senior dan hilang sejak 2016 lalu muncul kembali pada 2021 dan melakukan 97 penampilan dan telah menjaringkan 37 gol.

Ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 2018, Karim Benzema tidak dipanggil untuk mewakili Perancis lantaran terlibat dengan skandal yang mengharukan.

Aksi Benzema bersama Perancis amat terhad sejak 2016 dan aksinya dikejohanan utama adalah pada Piala Dunia 2014, Benzema membuat lima penampilan dalam kesemua perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama sehinggalah ditunjuk jalan keluar oleh Jerman di suku akhir yang akhirnya menjadi juara.

Setahun kemudian, pada 2015 Benzema telah terlibat dalam satu skandal melibatkan Mathieu Valbuena dan kelibat Benzema tiada dalam pasukan Perancis sehinggalah Jun 2021, Benzema kembali untuk EURO 2022.

Pada tahun 2015, Benzema telah ditangkap kerana didakwa memainkan peranan dalam peras ugut bekas bola sepak antarabangsa Perancis, Mathieu Valbuena melalui pita rakaman sedap (lepas rakam abang tak delete).

Benzema dituduh mendalangi keseluruhan plot untuk mendorong Mathieu Valbuena menyerahkan bayaran tunai, walaupun dia telah mengisytiharkan dia tidak bersalah sejak hari dia digari.

Dikatakan bahawa Benzema telah menekan Mathieu Valbuena untuk membayar pemerasan yang mengancamnya dengan mengeluarkan video intim kepada orang ramai.

Semasa perbicaraan, Mathieu Valbuena memberi keterangan bahawa rakan sepasukan di skuad Perancis memberitahunya “ada video, ia panas,” semasa kem latihan pasukan kebangsaan pada 2015.

Selepas penahanannya pada 2015, Benzema telah dipecat daripada pasukan kebangsaan Perancis tetapi telah dipanggil semula oleh Didier Deschamps pada 2021.

Sejak membuat kepulangan semula, Benzema bermain 16 perlawanan dengan menjaringkan 10 gol dan dengan gelaran pemenang Ballon d’Or 2022, kini semuanya menjadi sejarah apabila Benzema mengumumkan persaraan di peringkat kebangsaan.

BACA:  Kenapa Benzema Pakai Pembalut Tangan Terjawab