Karius: Klopp Mahu Saya Terus Kekal Di Liverpool

Loris Karius berkata Jurgen Klopp mahu beliau terus kekal bersama Liverpool musim ini sebelum membenarkan pemain tersebut berpindah ke Besiktas secara pinjaman.

Karius berpindah ke Turki untuk menyertai Besiktas dalam perjanjian pinjaman pemain selama 2 musim selepas tidak lagi bergelar penjaga gol No.1 Liverpool berikutan ketibaan penjaga gol antarabangsa Brazil, Alisson dari AS Roma.

Klopp tidak mahu kehilangan Karius walaupun sudah mempunyai Alisson dan Mignolet

Klopp sebenarnya tidak berminat untuk melepaskan Karius pergi kerana mahu melihat persaingan sihat di kalangan penjaga gol Liverpool. Akan tetapi, Karius berasa perpindahan ke Besiktas akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak namun mengakui beliau perlu meyakinkan Klopp terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran untuk berpindah.

Ketika bercakap kepada sidang media dalam majlis pengenalan beliau sebagai pemain Besiktas, Karius berkata Klopp mahu beliau berada dalam skuad Liverpool kerana mahu lebih kualiti dalam pasukan tersebut.

“Jurgen Klopp beritahu yang beliau mahu saya terus kekal bersama Liverpool kerana beliau mahu ramai pemain berkualiti dalam skuadnya.”

Handsome kacak bergaya Loris Kelakarius. Diharap keyakinan beliau dapat kembali setelah beraksi di Turki

“Tetapi saya duduk berbincang dengan beliau dan memberitahu hajat saya untuk berpindah. Perpindahan ke Besiktas merupakan perkara yang penting buat saya. Saya bercakap panjang lebar dengan Klopp dan akhirnya beliau faham situasi yang saya hadapi.”

“Saya rasa keputusan ini bagus untuk semua pihak. Klopp berharap saya akan memperoleh kejayaan di Turki tetapi beliau sebenarnya lebih suka jika saya kekal di Liverpool.”

Besiktas mengharungi kempen liga yang mengecewakan musim lalu apabila sekadar menghuni tangga ke-4. Karius berkata beliau berazam untuk membantu Besiktas menjuarai Liga Super Turki musim ini.

Dua kesilapan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah memusnahkan karier Karius di Anfield

“Saya datang ke sini kerana saya percaya mampu menaikkan karier saya ke peringkat seterusnya dan menjadi penjaga gol yang lebih baik. Saya juga mahu membantu pasukan ini menjadi lebih baik.”

“Usia saya masih lagi muda bagi seorang penjaga gol. Saya mahu melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dan berharap dapat memenangi lebih banyak trofi bersama Besiktas.”

BACA:  5 Pemain Liverpool Berimpak Tinggi Di Perpindahan Januari