Karius Menyalahkan Lampu Stadium Punca Aksi Hambar Beliau

Loris Karius percaya lampu limpah Stadium punca sebenar aksi hambar beliau. Penjaga gawang Jerman itu kini sudah hampir dua tahun beraksi bersama pasukan Besiktas.

Kerana kemerosotan aksinya, Liverpool telah meminjamkan Karius kepada Besiktas dengan perjanjian selama dua musim.

Sejak bersama pasukan Besiktas, Karius telah dibolosi 45 kali dari 30 penampilan dalam semua pertandingan musim ini bersama Besiktas.

Menurut laporan dari Fotospor, Karius menyalahkan sistem lampu limpah stadium yang memberi kesan kepada penglihatannya dan perkara itu sebenarnya sering terjadi kepada beliau.

Ini bukan kali pertama Karius memberi alasan mengarut untuk mempertahankan dirinya. Perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Real Madrid.

Karius mempersembahkan aksi dungu terlampau dengan melakukan dua kesilapan yang mengundang gawangnya dibolosi.

Namun Karius menganggap persembahan dungunya dimalam itu berpunca dari pelanggaran keras dengan Sergio Ramos jadi kepala dia pening.

Sebabkan pening itulah dia tak mampu untuk memberi sepenuh tumpuan hingga gawangnya dibolosi.

Karius menegaskan beliau sudah melupakan segala hal yang terjadi dalam perlawanan itu. Walaupon beliau ada melakukan kesilapan dalam perlawanan itu namun Karius berharap akan dapat kembali beraksi bersama Liverpool.

“Saya tidak memikirkan apa yang berlaku di Kiev lagi,perkara itu sudah lama,sudah hampir dua tahun berlalu,”

Dipetik dari kata-kata Karius Oktober lalu.

“Terlalu Banyak keadaan yang tidak jelas dalam perlawanan itu, saya mengalami kecederaan yang teruk, tapi tiada siapa pun bercerita tentang itu. Orang boleh cakap apa saja mereka mahu, saya sudah tidak peduli lagi dengan semua itu.”

“Selepas saya diperiksa, baru kami sedar tentang gegaran itu(kena rempuh dengan Ramos), tetapi ketika perlawanan berlangsung, banyak lagi hal yang saya perlu utamakan.”

“Saya gembira Liverpool memenangi Champions League musim lalu, dan mereka mempunyai peluang yang baik untuk melakukannya sekali lagi musim ini, jadi mari lihat jauh mana Liverpool akan mara, saya masih berhubung dengan Jurulatih penjaga gol dan beberapa pemain lain.”

Ia kelihatan semakin tidak mungkin untuk Karius terus beraksi di Besiktas. Menurut Sport Witness, pemain berusia 26 tahun ini didalam bahaya dan akan digugurkan dari pasukan sekiranya mereka tewas kepada Galatasaray hujung minggu ini.

Besiktas kini dikedudukan ke-5 dalam liga dan sekiranya mereka jatuh ke kedudukan ke sembilan, pengurus pasukan Sergen Galcan akan memanggil dua penjaga gol muda Utku Yuvakuran dan Ersin Destanoglu untuk beraksi dalam baki perlawanan liga musim ini.

Karius sebelum ini sudah diberi amaran berkaitan masalah disiplin beliau yang suka berhibur di kelab malam hingga menjejaskan aksi dalam padang serta latihan sendiri.

Nampaknya selepas perjanjian pinjaman Karius selesai, Besiktas akan melepaskan beliau. Jadi Karius mungkin akan kembali ke Liverpool memandangkan Adrian dijangka akan kembali ke La Liga.

BACA:  Penjaga Gol Ini Menjaringkan Gol Sendiri Seolah Dirinya Dipukau