Karius Sedia Cabar Kedudukan Alisson Di Liverpool

Loris Karius berangan-angan untuk mencabar kedudukan Alisson Becker sebagai penjaga gol nombor satu Liverpool.

Beliau turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan meninggalkan Anfield melainkan menerima tawaran untuk menjadi penjaga gol utama bagi mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Bekas penjaga gol utama Liverpool itu hilang kedudukan sebagai kesebelasan utama setelah kesilapan yang beliau lakukan ketika perlawanan akhir saingan liga Juara-juara dua tahun lalu.

Dengan kesilapan yang telah beliau lakukan ditambah pula dengan penandatanganan Alisson menyebabkan Karius dipinjamkan ke Besiktas.

Selepas peristiwa buruk yang menimpa dirinya ketika perlawanan akhir Liga Juara-juara itu, persembahan Karius menjadi tidak menentu dan sering membuat kesilapan mudah termasuk dalam perlawanan pra musim untuk the reds ketika itu.

Ketika dipinjamkan ke Besiktas, Karius masih tidak menunjukkan persembahan terbaiknya dan beliau juga banyak melakukan masalah berkaitan disiplinnya di sana.

Besiktas mengambil keputusan untuk menamatkan perjanjian pinjaman Karius dan menghantar semula beliau ke Liverpool.

Karius kini sudah kembali ke Anfield dan beliau bertekad mahu mencabar Alisson Becker dan mendapatkan kembali tempatnya sebagai penjaga gol utama Liverpool.

“Sudah tentu saya harus bermain walau saya perlu berpindah bersama pasukan lain.”

Jelas Karius kepada Transfermarkt tentang kebarangkalian beliau untuk meninggalkan Liverpool.

“Ia tidak masuk akal untuk mengatakan saya bakal meninggalkan Liverpool untuk bersama pasukan yang lebih teruk dan tentunya saya mahu menjadi penjaga gol nombor satu di sana. Tetapi saya sekarang bukan berada dalam keadaan tertekan langsung, saya tidak perlu ke mana-mana.”

“Saya boleh kembali menjalani latihan bersama Liverpool. Walau saya mungkin menjadi penjaga gol simpanan saja disini tetapi saya tahu saya ada peluang.”

“Saya sekarang masih bersama pasukan terbaik di dunia, pasukan yang sentiasa bertanding untuk Piala, dan saya ada segalanya kemudahan serta rakan sepasukan bertaraf dunia setiap kali menjalani latihan. Saya sangat yakin dan pasti diri saya sudah berada dalam keadaan terbaik untuk bersama Liverpool. Saya dalam keadaan terbaik disini.”

“Saya mahu terus kekal sihat dan bermain diperingkat tertinggi selama mana yang mungkin. Sudah tentu, sebagai pemain bola sepak, saya mahu menang satu atau dua Piala. Saya mahu mendapatkan prestasi terbaik dari diri saya sendiri.”

“Ia sama saja situasi di Liverpool, di mana saya di sini sebagai pencabar. Ketika saya ditanya tentang Liverpool, saya mahu beraksi di sana dan membantu pasukan. Tidak kira saya menjadi nombor satu atau nombor dua saya tetap akan buat yang terbaik.”

Karius yakin beliau mampu mencabar Alisson sebagai penjaga gol nombor satu di Liverpool walau bintang Brazil itu telah mempamerkan aksi sangat cemerlang menjaga gawang gol The Reds.

Kecekapan Alisson dibantu dengan kekentalan Van Dijk menjadikan pasukan kendalian Jurgen Klopp antara barisan pertahanan terbaik di dunia.

BACA:  Alisson Penjaga Gol Ke-6 Jaring Gol Di EPL, Pertama Melalui Tandukan Dan Memberi Kemenangan