Kata-Kata Vidal Yang Sombong Amat Terus Makan Diri, Dulu Liverpool Kini Bayern

Kata-kata Arturo Vidal sebelum yang sombong amat sebelum perlawanan suku akhir Champions League menentang bekas pasukannya, Bayern Munich akhirnya memakan diri sendiri dan menjadi senjata makan tuan.

Ini bukanlah pertama kali, kata-kata dan kenyataan dari mulut Vidal memakan diri, selepas berjaya menewaskan Liverpool 3-0 pada pusingan pertama kenyataan sombong amat juga dikeluarkan Vidal.

Vidal dengan yakin dan tanpa segan silu memperlekehkan piahak lawan dengan mengangkat Barcelona sebagai pasukan terbaik dunia sebelum perlawanan menentang Bayern Munich.

“Mereka sangat yakin tetapi esok mereka bukan bermain menentang pasukan Bundesliga, mereka akan menentang Barcelona dan Barcelona adalah pasukan terbaik di muka bumi ini.”

Kenyataan yang bukan-bukan dari Vidal di mana semua umat manusia dan peminat bola sepak dunia tahu, Liverpool adalah pasukan terbaik dunia ketika ini.

Selepas perlawanan berakhir maka satu dunia telah mengetahui keputusannya samada menyaksikan secara langsung dan sekadar melihat di Live Score.

Ramai terkejut mengetahui keputusan itu tanpa melihat perlawanan apatah lagi yang menyaksikannya secara langsung. Bayern Munich 8-2 Barcelona.

Rekod tercipta, Bayern Munich menjadi pasukan pertama menjaringkan 8 gol dalam satu perlawanan Champions League di peringkat kalah mata.

Pasukan yang menjadi makanan Bayern Munich ini bukanlah pasukan dari London yang sentiasa menjadi santapan kelab Jerman itu tetapi Barcelona.

Lebih memilukan dua gol terakhir Bayern Munich datang daripada pemain pinjaman mereka yang harga pecah kepala, Philippe Coutinho.

Messi dimalukan. Barcelona dimusnahkan. Seluruh wilayah Catalonia diaibkan, termasuk semua penyokong-penyokong setia kelab yang berpengkalan di Nou Camp itu.

Kata-kata Vidal Jadi Bahan Troll

Kekalahan 8-2 Barcelona ini menyebabkan kata-kata Arturo Vidal kini menjadi senjata makan tuan dan mula menjadi bahan troll peminat bola sepak dunia tidak kira penyokong Bayern Munich atau tidak.

Media-media antarabangsa juga mula memainkan kembali kenyataan pemain Chile itu.

Kata-kata Vidal itu sangat pedih juga sebenarnya kerana beliau merupakan bekas pemain Bayern Munich suatu ketika dahulu.

Vidal Mahu Potong Telur Jika Liverpool Menang

Masih ingat lagi kebangkitan Liverpool ke atas Barcelona pada musim lalu selepas tewas 3-0 pada perlawanan pertama separuh akhir Champions League. Musim yang menyaksikan Liverpool muncul juara.

Selepas perlawanan wartawan telah bertanya adakah Liverpool akan berpeluang untuk perlawanan kedua? Dengan angkuh dan sombong amata Vidal membalas.

“Aku akan dermakan telur belah kiri aku jika Liverpool layak dan telur belah kanan kepada peminat Real Madrid yang menyokong Liverpool.”

Boom! Perlawanan separuh akhir kedua menyaksikan Liverpool mencipta kebangkitan penuh sensasi dan antara terbaik dalam sejarah bola sepak.

Terkena senjata makan tuan Vidal, namun beliau tidak mengotakan janji dan telurnya masih selamat dan pasti rasa ngilu menyerang apabila teringatkan kata-kata sendiri.

Netizen tidak melupakan kata-kata ini dan kembali diungkit jua selepas kekalahan memalukan Barcelona kepada Bayern Munich.

Padan muka.

Vidal Ke Bayern Munich

Barcelona mencapai persetujuan dengan Bayern Munich bagi menandatangani pemain tengah Chile, Arturo Vidal dengan tawaran kontrak selama 3 tahun.

Yuran perpindahan tidak diumumkan tetapi pihak media melaporkan Barcelona membayar £27 juta untuk membawa masuk Vidal ke Nou Camp. Pemain antarabangsa Chile ini pada mulanya dijangka menyertai Inter Milan tetapi Barcelona menyatakan minat mereka pada saat akhir dan berjaya memujuk Vidal untuk berpindah ke Sepanyol.

Vidal yang kini berusia 31 tahun dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain antarabangsa Brazil, Paulinho yang kembali pulang ke pangkuan kelab lamanya, Guangzhou Evergrande di China.

Kedua-dua pemain mempunyai persamaan yang nyata dimana Vidal dan Paulinho merupakan pemain yang sinonim dengan peranan ‘box-to-box midfielder’.

Vidal dibawa masuk ke Bayern Munich dari Juventus oleh Pep Guardiola pada tahun 2015 dan sepanjang 3 musim beraksi di Bundesliga, Vidal tidak pernah gagal menjulang Bundesliga.

Ketika beraksi untuk Juventus, beliau memenangi 4 kejuaraan Serie A berturut-turut dan memenangi Coppa Italia pada musim terakhirnya di Itali. Selain itu, beliau berjaya membantu Juventus mara sehingga perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015/2016 sebelum dikecewakan Barcelona.

BACA:  Piala Super Sepanyol: Xavi Menang Piala Pertama Selepas Tumbangkan Real Madrid 3-1