Kategori Gol Terbaik Akan Diperkenal Dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan Bagi Mencari Gol Ajaib

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata cadangan bagi kategori gol terbaik akan di pertimbangkan sebagai satu anugerah baru dalam Liga Malaysia
pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan di masa akan datang.

“Sekarang ini kita sudah mempunyai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dan mungkin kita boleh menambah kategori bagi jaringan tercantik Liga M.

Afandi berpendapat cadangan anugerah ini akan merancakkan saingan Liga Malaysia dan memberi suntikan semangat untuk mencipta gol ajaib seperti yang dilakukan oleh Faiz Subri. Nampaknya FAM mahu terus mencari keajaiban sebgai penanda aras baru bola sepak.

“Mungkin akan muncul lagi jaringan ajaib seperti yang dilakukan Faiz dan pemenang anugerah itu boleh kita angkat untuk dicalonkan dalam Anugerah Puskas untuk masa akan datang,” katanya pada sidang media yang di petik dari Berita Harian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Tambah Afandi lagi dengan wujudnya anugerah gol tercantik/terbaik/ajaib ini memudahkan FAM memilih jaringan terpadu untuk dihantar ke FIFA untuk anugerah Puskas. Terima Kasih FAM atas satu-satunya jasa kerana menghantar gol Faiz untuk anugerah Puskas.

Semoga keajaiban yang diharapkan oleh FAM akan muncul saban minggu dalam Liga musim ini.

Baca Juga

Baca Juga