Keane Akui Jadi Pengurus Interim Tidak Akan Berlaku Dan Jangan Lupa Beliau Pernah Jadi Pengurus Sunderland

Roy Keane telah mengakui bahawa untuk dia menjadi pengurus interim Manchester United merupakan satu perkaran yang tidak akan berlaku dan mengingatkan dunia bahawa beliau pernah bergelar pengurus bersama Sunderland.

Bekas kapten Manchester United, Keane juga disebut-sebut sebagai calon berpotensi bersama Steve Bruce, yang dikatakan sangat berminat untuk kembali ke Old Trafford.

Manchester United juga dilaporkan membuat senarai pendek lima pengurus Interim dan akhirnya dilaporkan menjadi milik Ralf Rangnick yang sudah berusia 63 tahun.

Tetapi Keane, yang sangat lantang dan keras mengkritik beberapa pemain United sejak kebelakangan ini, merasakan ada keperluan untuk beliau mengingatkan orang ramai bahawa dia telah berjaya dalam liga Perdana Inggeris selaku pengurus.

Dalam penampilannya di Super Sunday, Keane juga mendakwa pemain United telah melemparkan bekas rakan sepasukannya Ole Gunnar Solskjaer ke bawah bas walaupun pemecatannya tidak mengejutkan.

“Saya rasa Ole mendapat masa yang mencukupi dan keputusan serta persembahan sejak beberapa bulan lalu benar-benar buruk, jadi tiada kejutan sebenar selepas perlawanan Watford,”

“Kita perlu bercakap tentang pemain, mereka tidak cukup bagus untuk Man United, tetapi seperti yang kita tahu pengurus yang akan menanggung akibat dan perlu membayar harganya.”

“Pemain-pemain ini tidak berlari, mereka tidak pecut, mereka tidak menutup ruang, mereka tidak bekerja sebagai satu pasukan, mereka bekerja sebagai individu dan mereka sentiasa bergantung kepada bakat mereka yang semakin berkurangan.”

“Pemain ini telah melakukan apa yang saya ramalkan dan melemparkan Ole ke bawah bas.”

Ditanya mengenai apakah yang akan dilakukan jika Manchester United menghubunginya untuk menjadi pengurus interim? Ini jawapan Keane:

“Mereka tidak akan memanggil saya, itu tidak akan berlaku,” kata Keane di Sky Sports.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk pergi ke mana-mana bilik persalinan pasukan dan cuba mengawal bilik persalinan, saya telah berjaya dalam Liga Perdana dan saya tidak fikir ia akan menjadi masalah kepada saya, tetapi ia tidak akan berlaku. .

“Orang ramai cenderung lupa bahawa saya pernah berjaya sebelum ini dan saya berjaya dalam Liga Perdana bersama Sunderland.”

Pemain berusia 50 tahun itu memenangi Championship bersama Sunderland pada musim 2006/07 dan membawa kembali Sunderland ke Premier League selepas tersingkir pada musim sebelumnya.

Untuk rekod Keane bersara dari bola sepak profesional pada 12 Jun 2006 atas nasihat pakar perubatan selepas 6 bulan menyertai Celtic dari Manchester United.

Pada 28 Ogos 2006 selepas dua bulan bersara sebagai pemain tanpa sebarang pengalaman menjadi pengurus Keane mengikat kontrak untuk menjadi bos Sunderland.

Dengan hanya satu percubaan, Roy Keane berjaya membawa Sunderland ke Premier League dan mengekalkan mereka di Premier League sehingga tempohnya berakhir pada Disember 2008.

Dua musim di Premier League, Keane membawa Sunderland menamatkan musim 2007/08 ditangga ke-15 dan musim 2008/09 ditangga ke-16.

Sejak itu Sunderland kekal di Premier League sehinggalah musim 2016/17 di bawah David Moyes dan tidak kembali lagi sehingga kini.

Keane mencatatkan 42 kemenangan, 41 kekalahan dan 17 seri dalam 100 perlawanan bersama Sunderland dan apabila Keane berkata dia berjaya selaku pengurus di Premier League perkara itu benar.

Perjalanan agak gila sebenarnya Keane membawa Sunderland ke Premier League dan kekal selama dua musim di liga teratas dibawah pengurusannya yang tanpa sebarang pengalaman.

Dia kemudiannya menguruskan Ipswich, serta berkhidmat sebagai penolong pengurus di Aston Villa, Nottingham Forest dan pasukan kebangsaan Republik Ireland.

Roy Keane merupakan seorang pemain tengah yang bijak dan lelaki Irish itu sangat terkenal dengan terjahan kerana telah bermain bersama Setan Merah dari tahun 1993 sehingga 2005.

Roy Keane juga merupakan antara ketua pasukan Manchester United yang paling berkaliber dan membantu kelab memenangi 17 trofi kejuaraaan.

Dek kerana kelantangannya sebagai pundit pula, ramai generasi hari ini mempersoalkan, hebat sangatkah Roy Keane ini dahulu?

Aduh! Itu soalan hilang akal terutama sekali jika kamu penyokong Manchester United yang marah hanya kerana Keane mengkritik pemain-pemain muda United Hari ini.

Jika anda pergi ke bandar Manchester dan bertanya, siapakah kapten terbaik di dalam sejarah Manchester United? Nama Roy Keane antara yang paling kerap anda dengar selain daripada Bryan Robson.

Roy Keane adalah simbol pejuang tidak kenal erti ‘mati’ di dalam padang. Pemain yang ada karakter kepimpinan yang kuat dan digeruni oleh pemain lawan dan rakan sepasukan.

Keane seringkali dianggap salah seorang kapten terbaik Man United dan sudah pastinya kapten terbaik di era Ferguson yang sangat ramai pemain berbakat.

Anda boleh berdebat tentang siapa no.9 terbaik, siapa penjaga gol terbaik, siapa pemain tengah terbaik era Ferguson, ataupun siapa pertahanan terbaik, namun untuk topik siapa kapten terbaik, anda tidak ada pilihan yang banyak.

Kalau anda tidak mahu Keane sebagai yang terbaik dia tetap berada paling jauh di pilihan kedua.

Ini kerana pada era Ferguson, pengurus itu membina pasukan berasaskan pemain muda dari akademi dan Keane menjadi kapten yang membimbing para pemain ini.

Jadi, tugas Keane menjadi kapten pada masa itu jauh lebih sukar daripada yang digambarkan.

Sepanjang 12 tahun mengemudi jentera tengah Manchester United, Roy Keane telah membuat 480 penampilan dan sering terpalit dengan perbalahan di padang. Keane vs Vieira.

BACA:  Scott McTominay Kecewa Dengan 'Fitnah' Dari Keane Dan Neville