Keane Bantai Maguire Kerana Terlalu Beriya Meraikan Gol Jaringannya

Roy Keane bantai Maguire kerana beriya meraikan gol ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England bertemu Albania kemarin.

Keane menganggap tindakan ketua pasukan Manchester United itu sebagai satu hal yang sangat memalukan, dan menegaskan yang Maguire tak patut beriya seperti itu.

Maguire melalui awal musim ini dengan sangat teruk bersama Manchester United, dan beberapa minggu kebelakangan ini, beliau sering dihentam dan dikritik atas persembahan yang di persembahkan.

Selepas melihat aksi dungu beliau ketika kekalahan besar di tangan Leicester City, diaibkan oleh Liverpool dan dibedal oleh Man City, ramai peminat yang berharap agar Maguire disingkirkan dari skuad The Three Liones.

Memandangkan beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang agak baik ketika beraksi dalam saingan Euro sebelum ini, maka Gareth Southgate tetap memberi peluang kepada Maguire untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Aksi Maguire ketika Euro 2020 tidak dinafikan jauh lebih bagus berbanding aksi beliau ketika menyarung jersi Manchester United.

Untuk menutup mulut para pengkritiknya, Harry Maguire berjaya meledak gol menerusi satu sundulan padu pada minit ke-9 aksi bertemu Albania.

Beliau meraikan gol tersebut dengan gaya keraian yang telah membuatkan Roy Keane genggam penumbuk dari dalam studi Sky Sports.

Maguire melakukan slide sambil menutup kedua-dua telinga kiri dan kanan beliau dengan menggunakan jarinya.

Melihat keraian itu, Keane rasa benar-benar tercabar dan menganggap pemain pertahanan setan merah itu sebenarnya memalukan terutama selepas melihat aksi hambarnya bersama kelab sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Keane jelas sekali sejak kebelakangan ini sering mengkritik dan mencari kesalahan bekas bintang Leicester City itu, namun sebenarnya apa yang beliau katakan jelas logik dan masuk akal.

Mungkin cara beliau terlalu kasar, namun beliau ada alasan sendiri untuk mempertikaikan hal-hal yang beliau nampak tak kena di matanya.

Dek kerana sering dikritik, pemain berusia 28 tahun itu sedar yang beliau berada dalam tekanan ketika beraksi untuk skuad Man Utd dan England.

Bekas pemain Hull City itu bahkan turut mendedahkan yang keraian beliau sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa dan beliau turut terima kritikan yang menganggap beliau beraksi hambar.

Menjaringkan gol ketika situasi sukar seperti ini jelas sekali akan menyebabkan seseorang pemain itu meraikan golnya dengan cukup beremosi.

Ia satu kepuasan untuk beliau kerana berjaya menjaringkan gol selepas sekian lama dikritik dan ia juga sebagai tanda beliau mahu membuktikan yang dirinya masih boleh diharapkan.

Namun mungkin Keane ada sudut pandangan berbeza dan kerana itulah beliau menyampah melihat Maguire meraikan gol jaringannya dengan cara seperti itu.

Bekas ketua pasukan setan merah itu memang sentiasa mempertikaikan persembahan dan tingkah laku para pemain United sejak kebelakangan ini.

Selain Harry Maguire, Fred, McTominay, Pogba, Wan Bissaka turut sering dihentam oleh Roy Keane ketika beliau mengulas tentang aksi dan persembahan para pemain setan merah.

The Three Liones berjaya mencatatkan kemenangan 5-0 dengan Harry Kane turut cemerlang mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk melayakkan diri mereka beraksi di pentas saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Memandangkan mereka selepas ini akan bertemu San Marino, maka peluang untuk skuad England mengutip setidak-tidaknya satu mata agak cerah.

Melihat kepada skuad dan persembahan semasa skuad England, jelas sekali tiada masalah untuk mereka mencatat kemenangan dalam perlawanan bertemu San Marino nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Roy Keane 'Tibai' Man Utd Tanpa Belas Selepas Aksi Kekalahan Memalukan Bertemu Man City