Keane Berbulu Lihat Micah Richards Menari Rai Kejuaraan City

Roy Keane kelihatan berbulu selepas melihat aksi Micah Richards yang sakan menari bersama pemain dan juga staf Manchester City meraikan kejayaan mereka meraih kejuaraan Premier League musim 2021/22.

Manchester City dinobatkan selaku juara buat kali ke-4 dalam tempoh 5 tahun selepas mempamerkan aksi kebangkitan penuh dramatik menewaskan Aston Villa 3-2 selepas ketinggalan 2 gol.

Micah Richards yang kini bergandingan bersama Keane selaku pundit bola sepak merupakan bekas pemain pertahanan Manchester City dan juga menjadi duta kelab.

Sudah pasti Micah Richards mengetahui perasaan bagaimana meraih kejuaraan liga dengan begitu dramatik di hari terakhir kerana beliau berada dalam skuad ketika menentang QPR pada tahun 2012.

Jadi Micah Richards sudah pasti tahu bagaimana untuk meraikan kejayaan sebegitu dengan mengikut peredaran zaman satu tarian telah dilakukan dan tidak pasti dimuat naik ke Tik Tok atau tidak.

Sambil menari tidak lengkap jika tidak menyanyi, Micah Richards telah menyanyikan lagi Kolo dan Yaya Toure bersama-sama staf kejurulatihan Manchester City.

“Kolo, Kolo Kolo, Kolo Kolo, Kolo KOLO Toure!”

“Yaya, Yaya Yaya, Yaya Yaya, Yaya YAYA Toure!”

Roy Keane yang pernah menjadi ketua pasukan Manchester United ketika kariernya selaku pemain nyata berbulu melihat perlakuan Micah Richards tambahan pula Manchester City merupakan musuh setempat.

Pengacara Sky Sports, David Jones telah bertanya kepada Roy Keane tentang perasaannya, adakah Roy Keane terhibur melihatnya? Lalu Keane menjawab dengan satu jawapan yang menganjing:

“Ya, sangat menakjubkan. Sangat hebat aku dapat berada di sini.”

Jawapan Roy Keane membuatkan David Jones dan Jamie Redknapp ketawa sebelum Keane menambah ringkas tapi menggambarkan perasaan sebenarnya:

“Menyeksakan!”

Jamie Redknapp yang mungkin juga berbulu kemudian mencelah:

“Kalau dia tak besar lagu tu, aku tumbuk jugak budak ni.”

Liverpool yang juga mencipta kebangkitan, meraih kemenangan yang tidak bermakna kerana kebangkitan Manchester City tidak dapat dipadamkan.

Micah Richards merupakan salah seorang pemain yang berada dalam senarai 50 pemain muda yang paling mengghairahkan dan bakal menggegar dunia bola sepak oleh Majalah World Soccer edisi November 2007.

Produk keluaran akademi Manchester City ini tidaklah menjadi pemain superstar namun agak berjaya dan dikenali apabila setia bersama City dari tahun 2005 sehingga 2015 dan menjadi tonggak England.

Micah Richards telah dirundung kecederaan lutut yang agak teruk ketika diusia puncak bagi seorang pemain bola sepak bersama Manchester City.

Kecederaan inilah yang telah menyekat karier Richards dan sekaligus gagal memenuhi potensi beliau sebagai wonderkid kepada wonderman. Namun Richads bukanlah seoarang pemain yang gagal.

Selepas dipinjam kan ke Fiorentina pada 205, Richard menyertai Aston Villa selepas dilepaskan oleh Aston Villa 2019.

Pada 26 Julai 2019, Richards telah mengumumkan persaraan pada umur 31 tahun lantaran masalah kecederaan lutut.

Kebangkitan Dramatik City Hadirkan Kejuaraan

Penentuan juara Premier League musim 2021/22 dibawa ke hari terakhir di perlawanan ke-38 dan perebutan ini diantara Manchester City serta Liverpool yang mengejar Quadraple atau empat kejuaraan semusim.

Manchester City yang menentang Aston Villa mempunyai kelebihan satu mata diatas Liverpool yang bertemu Wolves yang mengharapkan keajaiban Manchester City tewas atau seri.

Rekod di atas kertas, Aston Villa tidak mempunyai rekod kemenangan yang baik dan juga rekod jaringan menentang Manchester City.

Manchester City mampu menarik nafas lega selepas Liverpool Pedro Neto meletakkan Wolverhampton Wanderers dihadapan seawal minit ketiga lagi.

Namun Aston Villa tidak menjadi lawan mudah buat Manchester City apabila bermain secara bertahan dengan penuh berdisiplin dan tidak bergogek.

Matty Cash secara tunainya telah meletakkan Aston Villa dihadapan pada minit ke-37 melalui satu serangan yang jarang-jarang berlaku tapi menghasilkan gol.

Manchester City melancarkan serangan bertali arus dengan 75 peratus penguasaan bola tetapi gagal mencari jaringan dengan kekebalan Villa.

Tamat separuh masa pertama dan bersambung ke babak kedua, City masih lagi buntu malah Aston Villa berjaya menggandakan kedudukan.

Ketika ini kedudukan juara masih berpihak kepada Manchester City melalui kelebihan gol walaupun Sadio Mane berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool.

Bekas pemain ke sayangan Liverpool, Philippe Coutinho telah berusaha keras membantu Liverpool dengan jaringan kedua pada minit ke-69.

Kemasukan Ilkay Gundogan menggantikan Bernardo Silva sejurus selepas jaringan Philippe Coutinho nyata merubah sentuhan penyudah Manchester City.

Pada minit ke-76 Ilkay Gundogan memulakan aksi kebangkitan sensasi Manchester City dengan mengurangkan defisit kepada 2-1.

Dua minit kemudian Rodri telah menyamakan kedudukan dengan satu rembatan leret deras dari luar kotak penalti.

Minit ke-81 Ilkay Gundogan menjadi wira Manchester City dengan gol ketiga melalui satu sundulan tajam gol yang cukup memberikan City gelaran juara.

Kebangkitan sensasi dan luar biasa Manchester City ini dicetuskan Ilkay Gundogan dalam tempoh kurang lima minit sahaja bagi meranapkan impian Liverpool.

Ilkay Gundogan yang menjadi nadi penting Manchester City musim lalu namun agak bergelut musim ini akhirya membuktikan beliau masih mampu berbisa.

Liverpool cuba mencipta kebangkitan dengan menewaskan Wolves 3-1 hasil jaringan Mohamed Salah dan juga Andrew Robertson.

Kemenangan bergaya yang tidak cukup untuk memadamkan hakikat kejuaraan menjadi milik Manchester City.

Saingan sengit gelaran juara hingga ke hari terakhir ini menyaksikan City juara dengan kelebihan satu mata.

Pujian harus diberikan kepada Liverpool yang kembali mengejar pada pertengahan musim selepas City dilihat akan muncul juara dengan mudah.

Dari ketinggalan dua angka, Liverpool mengejar City untuk menjadikan jarak mata kepada satu mata.

Mohamed Salah yang masuk pada separuh masa kedua menjaringkan satu gol untuk mengikat Son Heung Min yang menjaringkan dua gol ketika Spurs membelasah Norwich 6-0.

Mohamed Salah dan Son Heung Min menjadi pemenang kasut emas (Golden Boot) bersama Premier League musim 2021/22 dengan masing-masing menjaringkan 23 gol.

Apa yang menarik dalam perebutan kasut emas ini adalah, Son Heung Min menjaringkan 23 gol tanpa sebarang sepakan penalti.

Kemenangan Spurs ke atas Norwich City sudah lama mengesahkan penyingkiran liga ini menyaksikan slot Champions League menjadi milik mereka walaupun Arsenal Everton 5-1.

Arsenal ditemani Manchester United yang tewas kepada Crystal Palace akan beraksi di liga kelas kedua Eropah, Europa League.

Perebutan satu lagi slot zon penyingkiran menjadi milik Burnley yang tewas kepada Newcastle United di mana Leeds United mencatatkan kemenangan ke atas Brentford.

Burnley mengiringi Watford dan NorwicH City untuk beraksi di liga kejuaraan musim hadapan.

BACA:  John Terry Delete Tweet Selepas Membedal Keane Kerana Selfie