Keane Percaya Liverpool Tidak Akan Pernah Rindukan Sadio Mane

Sadio Mane telah sah meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini selepas melalui karier enam tahun yang sungguh dasyat di Anfield.

Ramai yang percaya kehilangan bintang Senegal itu bakal memberi tamparan hebat kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Walau bagaimanapu, legenda Manchester United, Roy Keane pula percaya yang beliau fikir Liverpool tidak akan pernah merindui Sadio Mane.

Bercakap kepada ITV selepas kejayaan Liverpool mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Manchester City dalam saingan Community Shield, Keane tampil menjelaskan tentang persembahan Darwin Nunez dalam perlawanan tersebut.

Bekas pemain kebangsaan Ireland itu mendedahkan tentang pemain penyerang terbaru Liverpool itu dengan menyatakan:

“Ia tentang usaha menjaringkan gol pertama untuk dia dan sekarang Nunez sudah bersedia untuk pamer aksi sebenar dia.”

Keane kemudiannya dengan kejam bercakap tentang bekas pemain penyerang Liverpool, Sadio Mane dengan menyatakan:

“Siapa tu, Mane? itulah lumrah dalam bola sepak, orang akan move on dari dia, kamu dapat pemain penyerang baru yang muda, yang lebih bersemangat kamu boleh nampak semua itu.”

Keane jelas sekali sangat mengagumi pemain penyerang termahal Liverpool itu dan mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh Darwin Nunez ketika beliau dimasukkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Man City.

Darwin Nunez jelas sekali telah mengejutkan segelintir para penyokong Liverpool yang masih belum memberi sepenuh kepercayaan kepadanya.

Selepas ditandatangani dengan harga memecah rekod, Darwin Nunez gagal untuk mempersembahkan aksi yang benar-benar meyakinkan.

Dek kerana itulah ada segelintir peminat yang tidak begitu yakin dengan kemampuan sebenar pemain penyerang kebangsaan Uruguay itu.

Ketika aksi bertemu Manchester City pada hujung minggu baru-baru ini, para peminat yang meragui beliau sedikit terkejut melihat persembahan mantap yang dipersembahkan oleh bekas bintang Benfica itu.

Pemain berusia 23 tahun itu berjaya membantu Liverpool untuk memenangi sepakan penalti selepas bola tandukan beliau terkena tangan Ruben Diaz.

Ia merupakan debut yang sangat sempurna untuk pemain penyerang itu dalam kancah saingan bola sepak Inggeris.

Para peminat pada ketika ini sedang hangat membincangkan tentang kebarangkalian untuk melihat beliau beraksi dalam kesebelasan utama Liverpool ketika bertemu Fulham nanti.

Ketika aksi bertemu Man City baru-baru ini, Jurgen Klopp telah diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool untuk bermain di posisi centre foward.

Seandainya Darwin Nunez mampu konsisten dan mengekalkan tahap persembahan terbaiknya selepas ini, ia sepertinya bakal memberi kesukaran kepada Jurgen Klopp untuk memilih pemain yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Mustahil untuk Klopp terus meletakkan Darwin Nunez di bangku simpanan seandainya bintang Uruguay itu mampu untuk menghadirkan sesuatu yang positif.

Selepas kejayaan beliau menjaringkan gol bertemu Man City, Nunez jelas sekali akan lebih yakin dan lebih bersemangat untuk menjaringkan gol yang lebih banyak.

Bekas bintang Benfica itu tentunya akan lebih yakin dan tidak begitu tertekan untuk turun beraksi selepas ini.

Nunez bukan hanya mampu mendapatkan pujian menggunung dari Roy Keane dengan beliau juga sebenarnya turut berjaya untuk meraih semula kepercayaan para penyokong terhadap kemampuan beliau.

Jelas sekali ramai peminat yang tidak sabar mahu menyaksikan aksi beliau selepas ini dan berharap agar beliau akan mampu konsisten pamer aksi persembahan terbaiknya untuk skuad.

Satu hal yang pasti, ramai penyokong Liverpool yang mungkin tidak akan setuju dengan Keane,kerana mereka sedar sukar sebenarnya untuk mereka melupakan Sadio Mane.

Walau bintang Senegal itu sudah sah meninggalkan kelab, namun jelas sekali para peminat akan terus mengenang dan menganggap beliau sebagai legenda kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Crystal Palace Terima Ugutan Bunuh Selepas Berjaya Perbodohkan Darwin Nunez