Keane: Pogba Satu Masalah Besar Buat Manchester United, Tetapi Bukan Itu Sahaja

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane membidas impak yang dihasilkan Paul Pogba ketika United tumpas di tangan Sevilla tempoh hari, tetapi menegaskan masalah dalam skuad Jose Mourinho bukan mengenai Pogba sahaja.

Masalah Pogba di Manchester United musim ini menyaksikan Roy Keane melabel Pogba berperangai seperti seorang budak sekolah tetapi mengakui masalah Manchester United ketika ini bukan sahaja mengenai pemain yang dibeli mereka pada harga £89 juta.

Macam budok sekoloh !

Dalam perlawanan terakhir United, Pogba gagal membantu pasukannya layak ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dimana mereka tumpas 2-1 secara aggregat di tangan pasukan dari Sepanyol iaitu Sevilla.

Pogba dilaporkan tidak berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi dari minit pertama kerana mengalami kecederaan hujung minggu lepas. Jose Mourinho mengambil keputusan untuk meletakkan beliau di bangku simpanan dan membawa masuk Pogba selepas sejam perlawanan berlangsung.

Pogba dilihat gagal menghasilkan impak yang berkesan dalam perlawanan tersebut, dan Roy Keane mengambil peluang ini untuk mengkritik presembahan Pogba kebelakangan ini. Ketika bercakap kepada ITV, Keane mendakwa prestasi semasa Pogba adalah satu masalah besar buat Manchester United.

“Pogba adalah masalah besar. Jika beliau gagal berada dalam kesebelasan utama United, sudah tentu pasukan tersebut bermasalah. Anda mahu pemain seperti Pogba masuk ke dalam padang dan menukar keputusan perlawanan. Beliau dibawa masuk dan tidak melakukan apa-apa. Kita boleh lihat reaksi beliau ketika Sevilla menjaringkan gol pertama. Reaksi beliau seperti seorang budak sekolah.”

Pogba tiada fungsi. Mahal2 xde guna

“Pogba tidak dapat menghidu bahaya. Sebab anda berada dalam pasukan United adalah kerana apabila rakan sepasukan anda melakukan kesilapan, anda harus bersedia untuk melindungi rakan anda dan juga pasukan.”

“Mereka tidak membantu antara satu sama lain. Mereka tidak beraksi seperti pasukan Manchester United pada masa lepas dimana anda perlu mencatatkan keputusan yang baik walaupun pasukan beraksi buruk. Mereka bermain secara individu dan gagal beraksi baik secara berpasukan.”

“Ketika saya masih lagi bergelar pemain Manchester United, saya gembira dengan tekanan yang hadir setiap kali menyarung jersi pasukan dan harapan peminat terhadap kami”

“Tetapi setiap kali saya melihat pasukan United hari ini, saya dapat rasakan mereka tidak begitu gembira dengan tekanan dan harapan peminat terhadap pasukan.”

Charity Shield pon kira ? Oh My God

“Saya terkejut dengan cara mereka melepaskan gol [ketika perlawanan Sevilla]. Saya tidak terkejut Manchester United tewas kerana saya sendiri tidak dapat jangka apa pasukan ini mampu pamerkan. Kita bercakap mengenai taktik dan sistem, tetapi pemain harus melakukan kerja mereka di atas padang.”

“Apa yang saya risaukan adalah pengurus Manchester United berkata beliau berjaya membantu United memenangi 3 trofi musim lepas. Oh Tuhan, sekarang mereka mengira Piala Komuniti sebagai satu trofi yang penting. Dan pada detik itu, saya tahu pasukan ini dalam masalah.”

BACA:  Anak Pemain Legenda Belanda Dikejar Beberapa Kelab Ternama Eropah