Kebangkitan Istanbul : Final UCL Paling Agung Dalam Sejarah Bola Sepak

Kebangkitan Istanbul, Miracle of Istanbul atau Keajaiban Istanbul serta apa sahaja nama diberikan kepada perlawanan ini sememangnya akan menjadi perkara pertama muncul diingatan apabila bercerita tentang Liverpool dan Liga Juara-juara.

Pada 25 Mei 2005, Liverpool telah melakukan kebangkitan luar biasa yang dipanggil Kebangkitan Istanbul. Salah satu kebangkitan terhebat dalam sejarah bola sepak, hanya benci, dendam, hasad dengki dan cemburu yang akan menafikan persitiwa hebat ini.

Genap 16 tahun, Maldini dan Crespo meletakkan AC Milan selesa 3 gol dihadapan sebelum Liverpool bangkit mengikat melalui gol Gerrard, Smicer dan Alonso. Perlawanan terikat ke penentuan penalti dan akhirnya segala menjadi sejarah yang menjadi sebutan sehingga saat ko baca ayat ini.

Bukan mahu mengungkit cerita sejarah tetapi perlawanan ini harus diceritakan kembali sebagai sumber inspirasi dan ibrah(pengajaran) yang memaparkan semangat tidak putus asa serta tidak mengenal erti mengaku kalah.

Ini satu kisah epik lagi hebat dalam bola sepak yang semua harus tahu dan nikmati dan bukan berbangga serta melaungkan kehebatan bahawa berada di tempat kedua dengan 97 mata adalah sesuatu yang agung.

Malam Istanbul. Satu malam istimewa buat penyokong fanatik Liverpool. Comeback paling teragung pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia. Di sebalik comeback yang telah berlaku, ada satu susuk tubuh manusia yang menyebabkan semua itu terjadi iatu;

Steven Gerrard.

Gerrard dikerumuni peminat di alam nyata hampir menyerupai babak dalam cerita Superman.

Kapten yang berciri dan berjiwa Liverpool. Sayang dan kasihnya terhadap Liverpool melebihi cinta agung Shah Jihan kepada isterinya. Pada malam Istanbul itu, Steven Gerrard memulakan segalanya. Beliau mengemudi jentera tengah Liverpool serta sentiasa memaksa rakan-rakan seperjuangan agar jangan terus tunduk kepada musuh final iatu AC Milan.

Pada masa separuh pertama, pasukan Liverpool telah dibedil secukup rasa oleh pasukan AC Milan. 3 berbalas 0. Rata-rata peminat bola sepak pada masa itu telah menganggap Liverpool telah habis. Kejuaraan Piala Liga Juara-Juara Eropah pasti akan dimiliki oleh AC Milan.

Penyokong Manchester United pada malam tersebut tersenyum nipis dan sinis melihatkan keputusan tersebut. Malah ada penyokong United pada malam tersebut telah sengaja menghantar sistem pesanan mesej (SMS) kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.

Walaupun pada masa itu, caj yang dikenakan adalah sebanyak 20 sen untuk satu mesej. Penyokong United rela menghabiskan kredit mereka untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.

Wa Champion Sial!

Tujuannya hanya satu iatu untuk mengejek. Namun sebaliknya berlaku. Bermulanya pada separuh masa kedua, Gerrard dan rakan-rakannya memulakan aksi yang boleh dianggap mustahil. Penyokong United yang pada mulanya rakus mengejek tadi telah perlahan-lahan bertukar menjadi perabot kayu jati.

Pada minit ke 54, Gerrard melakukan apa sepatutnya seorang manusia yang memakai lilitan kapten buat iatu menjaringkan gol semangat. Bukannya sekadar hanya membetulkan rambut dan membuat muka hensem. Gol tersebut mencetuskan api semangat rakan-rakannya yang lain.

Dua minit berselang. Smicer menjaringkan gol padu pada minit ke 56 dan menjadikan kedudukan kepada 2-3. Kini pemain Liverpool yakin bahawa mereka boleh melakukan comeback terhebat. Dan keajaiban yang ditunggu telah tiba, pada minit ke 60 Gatusso yang bermuka bengis telah menjatuhkan seorang pemain Liverpool di dalam kotak penalti AC Milan. Siapakah dia?

Ngeeeeeeeeee

Ya. Kapten fantastik Liverpool iatu Steven Gerrard. Alonso memgambil tugasan penalti tersebut namun sepakan tersebut berjaya ditepis oleh Dida dan menyebabkan bola itu muntah kembali kepada Alonso.

Alonso dengan tenang menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan semasa kepada 3-3.

Selebihnya, semua orang yang tahu mengenai permainan bola sepak ini. Tahu akan kisah menakjubkan ini.

Pemangkin kepada kebangkitan ini tidak lain dan tidak bukan adalah Steven Gerrard. Kisah keterampilan seorang pemimpin yang mengepalai sebuah perjuangan menggapai kejayaan.

Kebangkitan Istanbul antara yang paling popular di era moden ini sehinggakan memberi ilham kepada Bernard Chauly untuk mengarahkan filem Istanbul Aku Datang pada 2012.

Kebangkitan Istanbul Melayakkan Liverpool mendapat Badge of Honour

Kemenangan penuh bersejarah dan dinobatkan sebagai antara kebangkitan terbaik dalam sejarah peradaban bola sepak dunia telah melayakkan Liverpool memakai Badge of Honour kerana itu merupakan kemenangan ke-5 Liverpool.

Lencana penghormatan yang diraih dengan penuh dramatik selepas menewaskan AC Milan 1-0 dan kekal dalam benak fikiran peminat bola sepak. Koleksi 5 trofi Liverpool diperoleh pada edisi 1976-77, 1977-78, 1980-81, 1983-84 dan 2004-05.

Badge of Honour merupakan satu penghormatan khusus kepada kelab berprestasi tinggi dan cemerlang di Champions League sekaligus menjadikan mereka kelab elit di kalangan kelab hebat Eropah. Hanya 6 kelab sahaja yang setakat ini layak memakai lencana ini.

Bukan kaleng-kaleng pasukan mempunyai lencana ini.

Kriteria untuk mendapatkan lencana ini bukanlah mudah dan harus mematuhi garis panduan yang termaktub dalam Peraturan Liga Juara-juara di mana pasukan yang layak untuk menerima Badge of Honour ini wajib :

1. Menjuarai Liga Juara-juara sebanyak 5 edisi atau,
2. Menjuarai Liga Juara-juara sebanyak 3 edisi secara berturut-turut.

Enam kelab yang telah menerima penghormatan untuk memakai lencana ini adalah Real Madrid, AC Milan, Ajax, LIVERPOOL (YNWA!), Bayern Munich dan Barcelona yang merupakan kelab terbaru yang masuk dalam golongan kelab elit pada tahun 2015.

Badge of Honour ini disediakan oleh pihak pengurusan UEFA dan bukan dibeli di uptown atau downtown. Lencana ini dilekatkan pada jersi di bahagian lengan sebelah kiri.

Jadi ketahuilah semua kenapa peminat Liverpool sering kali menyebut bahawa mereka kelab elit sambil berkata “Datanglah bila kau cukup 5 kepada peminat Manchester United”.

BACA:  Premier League 2021/22: West Ham 3-2 Liverpool