Kecaman Terhadap Liverpool Pernahkah Berhenti?

Kekalahan demi kekalahan Liverpool pada tahun 2021 sehingga habis alasan untuk diberikan dan menendang juara krismas yang dibangga-banggakan ke tangga kelapas liga selepas tempoh kurang 3 bulan.

Rekod terburuk dalam sejarah kelab, 6 kali kekalahan berturutan di stadium keramat Liverpool, Anfield terjadi buat pertama kali sejak ditubuhkan kelab ini pada tahun 1892.

Kekalahan Liverpool menjadi satu hiburan kepada penyokong pasukan lain kerana penyokong Liverpool sangat angkuh ketika mereka bergelar juara dan mengalami kejutan budaya.

Seorang peminat Liverpool telah menghantar satu luahan hati entah apa kepada kami yang bertajuk “Kecaman Terhadap Liverpool Pernahkah Berhenti?” untuk disiarkan dan seperti biasa nama terpaksa dirahsiakan.

Percayalah luahan berbaur politik ini hanyalah rekaan semata-mata. Bacalah.

Kecaman Terhadap Liverpool Pernahkah Berhenti?

Dari tahun 80-an, sedari kecil, saya mulai memahami Liverpool sedikit demi sedikit dan dari situlah timbulnya minat dan sayang kepada kelab yang ditubuhkan pada tahun 1892 yang kini sudah berusia 129 tahun.

Saya melihat Liverpool dikecam amat. Paling saya hayati secara dekat, saudara terdekat saya sendiri dikecam dan dikecam teramatlah sangat. Seperti tiada hari esok.

Kegemilangan Ditangguhkan

Kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan jika nak diceritakan sejarahnya amatlah panjang dan saya hanya berbicara apa yang saya lalui sejak tahun 80-an, saya melihat jatuh bangun Liverpool.

Dari tahun 70-an hingga awal 90-an Liverpool begitu gah di saingan domestik dan dan dari pertengahan 70-an hingga pertengahan 80-an, Liverpool menguasai Eropah dan menjadi pasukan Inggeris paling berjaya di Eropah.

Ketika sayang yang begitu mendalam kepada Liverpool memuncak di awal 90-an kegemilangan dan kecermerlangan Liverpool terhenti diskala 18 kejuaraan dan skala 4 dikejuaraan Eropah.

Namun itu tidak melunturkan semangat saya untuk menyokong Liverpool atau beralih arah kepada pasukan yang mula menguasai liga ketika era Premier League diperkenalkan, Manchester United.

Kemarau berpanjangan, caci maki, hinaan dan sendaan dihadap sehingga kisah kebangkitan hebat di Istanbul menjelma selepas belasan tahun dan di kala itu hanya merasai FA Cup dan Piala Liga sahaja.

Kebangkitan Istanbul merupakan gelaran kelima dan mengangkat Liverpool sebagai pasukan elit Eropah memegang lencana Badgeof Honour. Sungguh bertuah dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri peristiwa ini.

Kesenduan kembali melanda selepas 30 tahun akhirnyak dapat merasai bagaimana menjadi juara liga dan sebelum ini menikmati kali kedua menjadi penakluk Eropah menjadikannya kepada 6.

Zaman media sosial saya bermula tahun 2010 dan pada tahun 2013 barulah aktif secara total di media sosial lantaran kemajuan jalur lebar dan kepesatan teknologi telefon pintar yang boleh didapati pada harga yang murah.

Jika sebelum kewujudan media sosial agak terbatas namun selepas itu hasut maya atau troll seperti sudah menjadi lumrah buat warga net tidak terkecuali bola sepak.

Tempoh 30 tahun bukan tempoh yang pendek dengan kemerosotan prestasi kini itu hanya bersifat sementara dan saya yakin Liverpool akan kembali dalam masa terdekat.

Jika ditakdirkan 30 tahun lagi tempohnya akan saya setia bersama Liverpool selagi hayat dikandung badan.

Pengajaran

Antara pelajaran yang kekal sehingga kini ialah semakin seseorang itu menghentam Liverpool, semakin bertambah sakit hatinya. Ini kerana hanya hasad dengki dan irihati sahaja menafikan kegemilangan Liverpool.

Saya temui hanya dua kepastian, samada bertambah-tambah sakit hatinya itu adalah:

1) Kerana hukuman takdir-Nya di atas perbuatannya yang salah atau
2) Kerana dia melihat kesan sebalik yang melantun kembali ke atasnya iaitu Liverpool semakin bertambah kuat mendapat sokongan rakyat.

Samada yang pertama atau kedua, itulah kemanisan berjuang dan istiqamah. Jawaban kepada segala kecaman kadang-kadang hadir melalui natijah dan kejayaan yang diperolehi oleh Liverpool.

Masing-masing ada balasan di dunia ini. Pilihlah di pihak mana kita. Pujilah. Kecamlah. Ia pilihan. Setiap pilihan ada balasannya yang tetap.

Di akhirat nanti, kejayaan (al fauz) dan kemenangan (al falah) adalah milik pencinta agama-Nya. Justeru, ilmukan diri, bersihkan hati, luruskan jalan dan istiqamahlah di atasnya.

Semoga Allah menunjuki semua ke jalan-Nya yang benar.

BACA:  Klopp Puji Persembahan 'Luar Biasa' Shaqiri Ketika Belasah Manchester United