Kecederaan hamstring Usain Bolt yang menyaksikan beliau terjatuh semasa acara 4x100m bukan sahaja menjadi igauan ngeri kepada penutup kerjayanya yang gemilang tetapi meranapkan impian Bolt untuk beraksi bersama Manchester United.
Harapan Bolt untuk bermain bersama Manchester United dalam perlawanan amal menentang Barcelona pada 2 September 2017 hancur kerana kecederaan yang dialami mengambil masa 3 bulan untuk pulih.
Bolt telah dijadualkan untuk bermain bersama lagenda Manchester United seperti Andy Cole, Edwin van der Sar, Paul Scholes, Jesper Blomqvist, Denis Irwin, Ronny Johnsen, Dwight Yorke, Wes Brown dan Phil Neville di Old Trafford.
Bukan rahsia lagi bahawa Bolt sangat meminati Manchester United malah menyayangi kelab Setan Merah. Bolt selalu dilihar berkeliaran di Old Trafford sejak lawatan pertamanya pada tahun 2009.
Pada bulan Disember tahun lalu Bolt telah membuat panggilan telefon ke rancangan MUFC semata-mata untuk memuji kehebatan Mourinho dan pemain kerana United melakukan kebangkitan untuk menewaskan Middlesbrough 2-1.
Tetapi Bolt hanya terus mampu menjadi penonton ketika United menentang Barca untuk mengumpul wang kebajikan.
Untuk rekod, Manchester United Foundation telah berjaya mengutip dana sebanyak £1.8 juta dari dua perlawanan Lagenda ketika menentang Bayern Munich dan Real Madrid.
Bolt Kecewa Dituduh Berpura-Pura Cedera
Usain Bolt kecewa dengan tuduhan peminat yang mengatakan bahawa beliau berpura-pura cedera di Kejohanan Olahraga Dunia yang menyaksikan Bolt tewas kepada Gatlin dan tersungkur di acara 4×100 meter.
Berang dengan tuduhan itu, Bolt telah memuat naik gambar imbasan kecederaannya di Twitter tetapi kemudian memadam gambar itu bersama kata-kata berikut :
“Sadly I have Tear of the proximal myotendineous junction of biceps femoris in my left hamstring with partial retraction. 3 months rehab.”
Bolt kemudian menambah :
“Biasanya aku tidak akan berkongsi laporan perubatan aku secara terbuka, tetapi amat menyedihkan apabila aku dituduh berpura-pura mengalami kecederaan.”
“Aku tidak pernah menipu peminat dalam apa situasi dan keinginan aku di kejohanan itu adalah untuk melakukan larian terbaik untuk kali terakhir buat peminat aku”
Tuduhan itu timbul selepas Bolt dilihat berfoya-foya dan berparti selama tiga malam di Ibu Kota British.