Kecederaan Martial Letakkan Ten Hag Di Persimpangan Dilema, Terpaksa Guna Pemain Tak Cergas

Kecederaan pemain kesayangan peminat Manchester United, Anthony Martial telah meletakkan Erik Ten Hag di persimpangan dilema dan memungkinkannya menurunkan pemain yang tidak cukup cergas sebagai pengganti.

Pemain yang tidak cukup cergas itu tidak lain dan tidak bukan adalah Cristiano Ronaldo yang mahu mencari jalan keluar.

Situasi ini menyebabkan Erik Ten Hag perlu membuat keputusan bagi menentukan pemain pasukannya serta kesebelasan utama untuk perlawanan pembukaan Premier League mereka bagi musim 2022/23.

Manchester United telah dijadualkan bertemu Brighton Hove and Albion di Old Trafford pada hari ahad.

Kekurangan pilihan di bahagian serangan bermakna Ten Hag mungkin perlu mempertimbangkan untuk memainkan Ronaldo atau sekurang-kurangnya meletakkannya di bangku simpanan, walaupun dia mengakui bintang Portugal yang tidak tenang itu tidak cergas.

Pemain berusia 37 tahun itu ketinggalan dua minggu di belakang rakan sepasukannya dari segi persiapan pramusim, setelah terlepas jelajah musim panas kelab dan lima perlawanan persahabatan.

Dah la tua ketinggalan pulak tu, ambil masa juga nak kembali cergas tapi Ronaldo ni lain macam sikit dia punya usaha.

Bagaimanapun, Ronaldo bermain 45 minit menentang Rayo Vallecano pada hari Ahad dan dikatakan cemerlang dalam latihan minggu ini.

Anthony Martial telah mengetuai bahagian serangan dalam pramusim dengan baik, pemain Perancis itu mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Atletico Madrid di Oslo hujung minggu lalu yang dijangka menghalangnya daripada aksi pembukaan menentang Brighton dan dua lagi perlawanan.

Ten Hag boleh bermain menggunakan Marcus Rashford atau Anthony Elanga bahagian serangan tengah dan mungkin menggunakan false nine yang telah dicuba dalam satu perlawanan tertutup menentang Wrexham minggu lepas.

Ten Hag kini akan memiliha barisan pemaina buat pertama kalinya sebagai pengurus United dan pasti akan dihujani soalan mengenai status Cristiano Ronaldo dalam sidang akhbar di Carrington menjelang perlawanan.

Situasi itu menyerlahkan masalah yang disebabkan oleh kegagalan United menggantikan Edinson Cavani pada musim panas ini selepas meletakkan sebahagian besar daripada bajet perpindahan mereka untuk mengejar pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong yang tak kunjung tiba.

Kehilangan Darwin Nunez pada awal musim panas kepada musuh berzaman, Liverpool mungkin akan menjadi tamparan hebat buat Red Devils.

Sebelum ini Erik Ten Hag memberikan bayangan bahawa Cristiano Ronaldo kemungkinan besar tidak akan bermula sebagai kesebelasan utama dalam aksi pertama EPL mereka pada hujung minggu ini.

Hal ini kerana Ten Hag menegaskan bahawa pemain itu tak cukup bersedia dan tidak berada di tahap yang dia tetapkan. Semuanya gara gara Ronaldo terlepas banyak perlawanan dan latihan pra musim sebelum ini.

Erik ten Hag mengakui Cristiano Ronaldo tidak berada di tahap rakan-rakan skuad Manchester United yang lain dalam aspek kecergasan perlawanan.

Ten Hag dikenali dengan sikapnya yang meletakkan standard yang tinggi dalam skuad Manchester United yang ada sekarang. Dia sentiasa menuntut pemainnya untuk konsisten dalam melakukan pressing. Selain itu Ten Hag turut mengenakan beberapa peraturan ketat dalam kem United termasuk melarang pemain melantik cef peribadi untuk pemakanan mereka.

Ten Hag telah memberitahu bahawa ketidakhadiran Ronaldo sepanjang pramusim mungkin menjadi isu utama kepada isu kecergasan pemain itu. Ten Hag memberitahu bahawa solusinya kini adalah, Ronaldo perlu menggandakan latihannya dan juga mendapatkan semula minit perlawanan.

Minit perlawanan ini mungkin akan diberikan daripada bangku simpanan dan adakah Ten Hag akan menggunakan Ronaldo tanpa kelibat Martial yang kini cedera.

Semuanya akan terjawab apabila tiba hari perlawanan.

BACA:  Di Usia 13 Tahun Ten Hag Beritahu Cruyff Bagaimana Jurulatih Berkomunikasi Dengan Pemain