Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan tidak menghalang para pemain skuad Tunisia untuk terus berpuasa walaupun menghadapi dua perlawanan persahabatan. Ini kisah yang terjadi beberapa tahun lalu.
Pada ketika itu seperti pasukan lain yang bakal beraksi di Piala Dunia 2018 Rusia, Tunisia giat memperkemaskan pasukan dengan siri perlawanan persahabatan.
Sungguh unik cara pemain Tunisia membuka puasa apabila ‘kecederaan’ penjaga gol mereka menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan.
Satu perancangan dan kesepakatan yang penuh teliti dari pemain Tunisia, penjaga gol dan staf pasukan menunjukkan betapa kuatnya ukhwah antara mereka.
Tak macam kau. Sama sendiri pun nak maki. Lepas viralkan di media sosial. #DoneKecam
Saat dan ruang masa ini digunakan sepenuhnya oleh pemain Tunisia untuk membuka puasa. Pegawai pasukan mengedarkan buah kurma dan ‘energy bar’ serta air untuk mengembalikan tenaga dengan cepat.
Tiada juadah lain seperti kuba guling, toyol guling, roti john, kebab, murtabak, cendol atau nasi arab di agihkan kepada para pemain.
Ketika waktu berbuka masuk permainan separuh masa kedua baru sahaja bermula untuk tempoh kurang tiga minit.
Keputusan perlawanan Tunisia dengan keadaan berpuasa ketika menetang Portugal dan Turki sangat membanggakan apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam kedua-dua perlawanan.
Fun fact:
Tunisian National team has played the last two friendlies while fasting. So, whenever the time comes to break Fast. The players have an agreement that the GK would go down so they can get a moment to drink some water and get something to eat 😂😂#Ramadan #tunisia pic.twitter.com/4Rgz380ukW— Souhail Khmira (@SKhmira) June 2, 2018
Seorang pemain yang tidak berpuasa untuk perlawanan akhir telah ditegur oleh pendakwah kerana sengaja meninggalkan puasa.
Dalam perlawanan itu, pemain yang tidak berpuasa itu telah cedera dan pendakwah itu mendakwa itu balasan tuhan.
Tunisia beraksi di Piala Dunia 2018 berada dalam kumpulan G bersama England, Panama dan Belgium.
Tunisia layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 2006. Mereka tidak pernah melepasi peringkat kumpulan di Piala Dunia dan sekadar melengkapkan jadual.
Pasukan yang berada di rangking ke-14 dunia ranking FIFA itu berharapa dapat mencipta sejarah dengan mara ke pusingan kalah mati.
Saksikanlah dua perlawanan Tunisia menentang Portugal dan Turki dalam keadaan berpuasa. Power bukan?