Kecemerlangan Pogba Pada Awal Musim Ini Hasil Latihan Rahsia Bersama Pasukan Bola Keranjang NBA

Paul Pogba – satu nama yang sering menjadi perhatian, tak kira sama ada prestasinya di atas padang baik mahupun buruk. Yang penting, nama dia selalu keluar dalam berita-berita bola sepak.

Baru-baru ini, pemain ini sekali lagi menjadi perhatian apabila dia beraksi dengan luar biasa cemerlang dalam perlawanan pertama Manchester United musim ini, menentang Leeds United.

Dalam perlawanan tersebut, Pogba telah menyumbangkan empat assist, dengan assist pertama dilakukan dalam gol pertama United, yang dijaringkan oleh Bruno Fernandes, yang menerima bola one-touch daripada pemain tengah Perancis ini.

Kemudian Pogba melakukan hantaran-tanpa-tengok atau dalam bahasa Inggeris disebut no look pass kepada Mason Greenwood sejauh 50 meter, sekaligus memecahkan perpaduan antara benteng pertahanan Leeds.

Greenwood kemudiannya melorongkan bola leret ke sebelah kiri penjaga gol lawan dan kembali meletakkan United di depan selepas Leeds menyamakan kedudukan menerusi satu rembatan cantik Ayling.

Tidak lama kemudian, Pogba sekali lagi melakukan hantaran pantas kepada Bruno, yang kemudiannya menggelecek seorang pertahanan Leeds dan melakukan rembatan ke dalam gol yang terbuka meskipun cuba dihalanng oleh pertahanan lawan yang mengeluarkan bola.

Assist keempat Pogba dicipta ketika menghasilkan gol kelima United yang dijaringkan oleh Fred di mana pemain berjersi nombor 6 tersebut melakukan hantaran dari sebelah kiri padang tepat ke kaki pemain Brazil.

Walaupun lambat melaporkan diri sebaik sahaja tamat cuti wajib selepas kempen Euro 2020 bersama skuad kebangsaan Perancis, pengurus United Ole Gunnar Solskjaer dikatakan cukup kagum dengan fizikal yang dipamerkan Pogba.

Kesemua ini terhasil daripada latihan rahsia yang dijalankannya bersama pasukan bola keranjang NBA, Miami Heat ketika dia bercuti di Florida.

Bersama kelab tersebut, Pogba telah menjalani latihan strength and conditioning dalam banyak sesi, lantas membolehkannya mendapat fitness dan fizikal yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Tidak dapat dipastikan apa bentuk latihan yang dibuat oleh Pogba, tetapi secara asasnya latihan strength and conditioning adalah seperti video di bawah.

Dengan berlatih bersama pasukan NBA, pasti Pogba sedikit sebanyak berjaya mendapat fitness pemain bola keranjang, kerana seperti yang kita tahu pemain dalam sukan tersebut mempunyai kecergasan yang sangat tinggi untuk beradaptasi dengan permainan yang laju.

Dengan rekod empat assist setakat ini, Pogba sudahpun memecahkan rekod yang diciptanya sepanjang musim lalu di mana dia sekadar melakukan tiga assist dalam liga.

Prestasi cemerlangnya mendapat pujian pengurus pasukan, Solskjaer, sebaik perlawanan menentang Leeds tamat.

“Hari ini adalah berkenaan ‘kau keluar sana dan enjoy je’.

“Kami berikannya kebebasan untuk bergerak ke mana sahaja dia mahukan untuk mendapatkan bola.

“Semua pemain terbaik mahukan kepercayaan dan keyakinan daripada kita dan Paul adalah salah seorang daripada pemain yang boleh mencipta sesuatu secara tiba-tiba,” ujar pengurus United tersebut.

Perkara yang sama turut diutarakan oleh lagenda United, Rio Ferdinand yang turut memuji aksi Pogba.

“Bila seseorang tu hasilkan empat assist pada hari pertama musim tu, kau kena letak ke tepi perasaan kau dan kata ‘apapun, baguslah’, sebab memang jarang berlaku macam ni,” Ferdinand berkata, menjawab kepada cemuhan daripada bekas pemain Liverpool, Graeme Souness yang langsung tidak kagum dengan aksi tersebut.

Pogba ketika melakukan hantaran gila kepada Greenwood.

Bagi Souness, persembahan itu sepatutnya menjadi persembahan yang biasa daripada seorang pemain bernilai £100 juta.

Dengan permainan yang sebegini cemerlang, timbul kerisauan di hati para penyokong Manchester United kerana pemain ini masih belum menandatangani kontrak baru bersama pasukan, dengan kontraknya sekarang bakal tamat dalam tempoh 12 bulan lagi.

Sekiranya tiada persetujuan dapat dicapai, maka Pogba boleh meninggalkan kelab secara percuma.

Situasi ini cukup berbeza pada dua atau tiga musim lalu di mana Pogba sering menjadi bahan kutukan para penyokong, terutamanya yang di Malaysia.

Apa yang depa tak kata, semua depa kata.

Begitulah ceritanya.

Sumber : SB

BACA:  Abou Diaby Terharu Dengar Komen Penyokong Arsenal Mengenai Dirinya