Kempen Piala AFF Suzuki 2020 menyaksikan pasukan Singapura mengutip mata maksimum daripada tiga perlawanan di mana mereka telahpun menewaskan pasukan Myanmar, Filipina dan juga Timor Leste.
👋 Good Morning #AFFSuzukiCup fans!
📊 Here are the standings after Matchday 4️⃣ concluded last night in Groups 🅰️ & 🅱️
😎🙂😐😞 How are you feeling about your team’s results?#RivalriesNeverDie | #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/ZCllaYUajx
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 16, 2021
Dengan slot kelayakan ke pusingan separuh akhir sudahpun terjamin, perlawanan menentang Thailand nanti bakal sekadar menjadi penentu juara kumpulan sahaja. Di sebalik kehebatan Singapura di atas padang, terselit nama seorang rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kecemerlangan ini.
Segalanya bermula di sebuah kelab yang bernama Lion City Sailors. Kelab ini asalnya ditubuhkan pada tahun 1945, dengan nama Persatuan Sukan Polis. Kemudian nama ini berubah kepada Police FC pada tahun 1997, dan ditukar kepaad Home United pada tahun 1997.
Pada tahun 2020, pengurusan kelab telah mengambil langkah menukar nama pasukan kepada Lion City Sailor dan ini ternyata membawa tuah kepada pasukan di mana mereka berjaya memenangi kejuaraan Liga Singapura pada tahun 2021 dan memecahkan dominasi kejuaraan kelab luar negara republik itu selama enam musim.
Jadi, apa kaitan dengan anak Kuala Pilah yang bernama Firdaus Maasar?
Firdaus adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Sukan di mana dia telah melengkapkan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang ini di Universiti Liverpool John Moores di United Kingdom.
Ketika berada di sana, Firdaus berkesempatan untuk berkhidmat sebagai pakar fisiologi buat pasukan yang paling hebat dalam Liga Perdana Inggeris, Liverpool, hasil daripada usahasama kelab tersebut bersama universiti tempat Firdaus menimba ilmu.
Pernah tular di Malaysia suatu ketika dahulu gambar Firdaus bersama-sama penyerang terbaik dunia, Mo Salah.
Meskipun secara peribadinya dia adalah seorang penyokong seteru utama Liverpool, Manchester United, dia tetap professional dalam melaksanakan tugasnya dan kini pasukan Merseyside tersebut mempunyai tempat yang isitimewa di dalam hati pakar sains sukan itu.
“Apabila kita bekerja untuk satu-satu kelab, kita perlu menjadi professional dan kita akan selalu mahukan kelab tu menang, walaupun mereka adalah seteru utama pasukan kegemaran saya,” ujar Firdaus seperti yang dipetik dari laman Lion City Sailors.
Dalam tempoh lebih kurang enam tahun dia berada di England, dia juga turut sempat menyediakan khidmat sains sukan kepada pasukan-pasukan lain seperti Huddersfield Town dan Woverhampton Wanderers, dan dari situ dia dapat lihat bagaimana sebahagian daripada pemain terbaik di dalam dunia melatih diri menerusi sikap professionalisme, disipilin dan juga rasa rendah diri mereka.
Ternyata pengalaman tersebut membuka mata bekas pemain pasukan bawah-19 tahun Negeri Sembilan itu yang kini berusia 35 tahun.
“Tahap professionalisme mereka sangatlah menakjubkan. Mereka memang betul-betul menjaga badan, mereka berlatih pada tahap yang sangat-sangat tinggi, dan ramai juga daripada kalangan mereka masih sanggup belajar perkara baru untuk meningkatkan diri mereka lagi,” ujar FIrdaus.
“Sewaktu musim tamat, contohnya, mereka mungkin pergi bercuti, tetapi mereka masih memberikan fokus kepada nutrisi dan masih berlatih sendirian untuk mengekalkan kecergasan mereka.
“Tetapi itu juga berpunca daripada suasana kompetitif di dalam pasukan. Memang susah nak dapat main dalam kesebelasan utama, dan mereka sedar bahawa mereka tidak boleh ketinggalan.
“Sekarang, apabila para pemain kembali ke pra-musim, kebanyakan mereka sudahpun berada pada tahap kecergaan tertentu, jadi mudah bagi mereka untuk dapatkan kembali apa yang mereka perlukan.”
Menyerati Lion City Sailors sekitar pertengahan tahun 2021, sasaran utama Firdaus adalah untuk meningkatkan prestasi dan kecergasan keseluruhan para pemain di kelab tersebut.
“Salah satu tugas saya ketika ini adalah memantau latihan dan beban di kalangan pemain. Pada masa yang sama, saya memantau bagaimana reaksi mereka dan beradaptasi dengan jenis latihan yang berbeza – sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang.”
Di kelab tersebut, Firdaus bekerjasama dengan ketua bahagian sains sukan, Mario Jovanovic.
“Kita akan menganalisa data yang kita dapat daripada pemain ketika latihan, yang mana akan membawa kepada idea yang lebih baik tentang apakah sasaran fizikal yang kita perlu letak untuk setiap pemain,” tambahnya ketika mengulas tentang kerjanya di kelab tersebut.
“Mario dan saya akan berkomunikasi dengan jrulatih (Kim Do-Hoon), supaya dia boleh mengubahsuai sesinya supaya para pemain tidak terkurang latihan, atau terlebih latihan.
“Kesemua ini dijalankan untuk memaksimumkan kecekapan setiap sesi latihan, dan untuk mendapatkan hasil latihan yang optimum dan tindak balas daripada pemain.”
Pada masa yang sama, Firdaus mengatakan bahawa keupayaan sains sukan di kelabnya masih jauh dan memerlukan masa yang panjang untuk sampai ke tahap seperti di England dan Eropah.
“Saya tahu sebetulnya berapa jauh kita semua di sini dengan bola sepak Eropah dari segi sains sukan,” ujarnya.
“Jadi sasaran saya di sini bersama Sailors – untuk membantu bola sepak Singapura dengan berkongsi kepakaran dan pengalaman saya dengan komuniti sains sukan di dalam negara ini.”
Kembali kepada persoalan tadi, macam mana pula Firdaus membantu pasukan kebangsaan Singapura dalam Piala AFF Suzuki 2020 ni?
Ketua jurulatih Singapura, Tatsuma Yoshida, telah membawa 12 orang pemain Lion City Sailors bagi membawa cabaran pasukan mereka ke piala utama rantau Asia Tenggara ini;
Hassan Sunny
Amirul Adli
Nur Adam Abdullah
Tajeli Salamat
Adam Swandi
Hariss Harun
Saifullah Akbar
Shahdan Sulaiman
Song Uiyoung
Faris Ramli
Gabriel Quak
Hafiz Nor
Sumber : Lion City Sailors, Berita Harian