Kedah Atau Selangor, Mana Satu Pilihan Hangpa,.. Eh Silap.. Anda?

Artikel ini sekali lagi hasil nukilan hati dan perasaan penyokong sejati Helang Merah HASRIL ABU HASSAN yang ingin berkongsi rasa dan perasaan beliau bersama pembaca Daily Sukan. Jika anda ada artikel untuk disiarkan boleh email kepada [email protected] atau PM saja ke Facebook Daily Sukan.

KEDAH ATAU SELANGOR, MANA SATU PILIHAN HANGPA,.. EH SILAP.. ANDA?

Kedah atau Selangor mana satu pilihan hangpa,.. Eh silap.. Anda? Tinggal beberapa hari lagi sebelum sepak mula pertembungan ‘Mahaepik’ la kiranya jika diimbas semula pertemuan terdahulu pada Final Piala Malaysia 2008, Kedah Vs Selangor yang memihak kepada pasukan Hijau Kuning la.. Hero kita, kih kih kih. Waktu tu Cheq ada dekat Stadium jugak.. perghhh, terbit kecik ayaq mata, tapi muleh control la..!!!. Cuma itu semua cerita lama la, jika mahu diungkit boleh lah.. tapi berlapang dada kita kena fokus yang terkini, esok, lusa & tulat saja… Harap semua dah bersedia jika xde tiket, pegang siap2 remote tibi dekat rumah.. hehe.. faham2 la.!!!

Cumanya nak habaq sikit, tersebut al-kisah dekat kedai kopi yang tak bernama, lokasi pun xberapa nak clear khabaqnya!….. Fanatik Selangor kata pasukan mereka sudah menjulang piala sebanyak 32 kali dan ini kali compom pasti kali ke-33 buat mereka. Fanatik Kedah pula kata pasukan kami mungkin baru 4 kali tapi harus diingat Hijau Kuning adalah pasukan pertama memcipta ‘Double Treble’ pencapaian yang sempoi baqhang…. haha, tudia… macam-macam alasan serta fakta dijadikan perang psikologi.. kih kih kih, inilah yang dinamakan Keindahan Final Bolasepak walau semua sedaq hakikatnya adalah 12hb nanti….

Ok.. dah stop..!!! skip

Menjelang pertemuan ‘Mahaepik’ plus ‘Mahasempoi’ yang Cheq cakap sebelum nie, sangkut juga dua tiga perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati penyokong Kedah serta Selangor. Apadia? Cheq cuit sikit-sikit sudah la.. kih kih kih. Sesetengah yek, harap paham.. sesetengah penyokong Kedah tidak berpuas hati Lokasi Final di Stadium Shah Alam, alasan Stadium Bukit Jalil masih belum ready kata depa bukan alasan utama. Jika xboleh jugak, langsungkanlah di Stadium berkecuali, walau kecik kapasiti penonton tapi adil buat kedua-dua pasukan…., lagi pun ada live dalam tibi. Emphhhhhh… ada logiknya, mungkin!!!

Akan tetapi, pandangan Cheq secara peribadi, dekat mana pun berlangsung, kami tetap sampai…, Al-maklum, Oghang Kedah berhati mulia dan saling bertolak ansur, tambahan lagi itu keputusan FAM… hehe.., kena akuqlah. Cuma itulah, bila diansur-ansurkan ada pula cadangan supaya tiket dijual hanya kepada Penyokong Selangor sahaja, alasannya risau tiket kuota FAS akan dibeli Penyokong Kedah di area Lembah Klang nanti. Ha.. tudia,.. epik kan pertemuan nie..!!!. apa2 pun kita boleh faham alasan mereka sebab apa?. Oghang Kedah nie kalu bab Bolasepak lain macam sikit kehadirannya., tibi tu last Choice jer.. hehe.

Ok.. dah stop..!!! skip

Demikian itu, Selangor atau Kedah yang bakal menjulang Piala Malaysia 2015 nanti?, ha jawab-jawab?? Tapi jangan tanya penulis, sebab sudah pasti Cheq cakap Kedah.. gila pon gila lah, gila bola apa salahnya… kah kah kah… Demi Hijau Kuning nak habaq kat hangpa la… tapi Cheq bertambah senyum Ushaq story dalam sebuah akhbar tempatan today… hebat dia punya tajuk “Realisasi Misi 33, Red Giants impi julang piala Malaysia, lunas dendam 2008”… Nampak permainan… abis la Kedah kita, jangan Helang patah sayap kena qekah dengan Giant sudah la.. haha… Dendam tu..!!!

Akhiaq kalam, Cheq ulang semula statement dalam article sebelum ini, Bolasepak sebenaqnya medan menyatukan kita. Maksudnya mudah, walau Kedah atau Selangor yang berupaya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia 2015, kita kena Redha. Ingatlah… Pengurusan serta Pemain sudah membuktikan mereka sudah berusaha dan bersedia. Apa yang kita boleh harapkan, game dipamerkan nanti, benar-benar berbisa. Biaq pentas Final kali ini akan memberikan satu kenangan terindah buat Pasukan, Penyokong serta Rakyat Malaysia secara keseluruhannya… InsyaAllah…

‪#‎ketaqkaki‬ ‪#‎sokian‬ ‪#‎tidoqLulu‬
KEDAH..!!! KEDAH..!!! KEDAH..!!!

Yang Benaq
HASRIL ABU HASSAN
Cheq Oghang Utagha

Nota Kaki;
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, sebagai penyokong Cheq harap kita semua kekalkanlah tahap solidarti sesama kita, provokasi kecik2 biasalah, tapi jangan dok pi maki hamun lawan kita, attitude kena jaga… Kita semua kan Rakyat Malaysia.

Baca Juga

Baca Juga