Kedah Juara Liga Perdana 2015, Kedah Dan Pulau Pinang Layak Ke Liga Super

KEDAH muncul juara Liga Perdana 2015 selepas mengalahkan DRB Hicom FC 5-1 malam ini.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan dua negeri berjiran, Kedah dan Pulau Pinang secara automatik mara ke Liga Super 2016 selepas menewaskan lawan masing-masing untuk muncul johan dan naib johan Liga Premier 2015.

11900071_1143196472361605_5244815431608352671_n

Kedah menang selesa 5-1 ke atas DRB Hicom FC di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi hatrik Sandro Da Silva pada minit ke-4, ke-33, ke-78 dan Chidi Edeh (minit ke-10, 50) manakala gol sagu hati lawan hadir melalui sepakan penalti Irvan Babic (minit ke-8)

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini menepati ramalan muncul juara liga bagi edisi 2015 selain mencuri salah satu slot automatik Liga Super tahun hadapan selepas dicabar sengit dua persaingan terdekat iaitu Pulau Pinang dan T-Team.

Sementara itu, Pulau Pinang yang berada di tangga ketiga sebelum perlawanan bermula berjaya merampas tangga kedua dari T-Team susulan kelab yang berpangkalan di pantai timur itu tewas mengejut kepada Kuantan FA 2-1 di Stadium Darul Makmur.

Kejayaan Harimau Kumbang mara ke liga utama musim hadapan turut disumbangkan oleh kemenangannya ke atas UiTM FC 1-0 hasil jaringan Azinee Taib pada minit ke-10 dan Hilton Moureira pada minit ke-81.

Harapan positif yang dititipkan oleh pengendali Pulau Pinang, Jacksen F Tiago ke atas setiap pemain akhirnya berhasil dan dibuktikan oleh mereka pada aksi terakhir liga semalam.

Liga Premier 2015 yang melabuhkan tirai selepas 22 perlawanan menyaksikan Kedah memungut 48 mata disusuli Pulau Pinang 45, T-Team 42 dan PKNS 41 mata.

KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA 21 OGOS 2015

Malaysia Premier League Results Soccer Malaysia

KEDUDUKAN AKHIR LIGA UPER 2015

Malaysia Premier League Standings Soccer Malaysia

BACA:  Liga Super 2021: Kedah Darul Aman FC3-1 PJ City FC