Kedudukan Di Ballon d’Or Bukti Kehebatan Harry Kane

Tahun 2017 terus menjulang nama Harry Kane seiring dengan perkembangan potensi yang ada pada dirinya, ketika 30 pemain dalam senarai Ballon d’Or diumumkan Harry Kane berada di kedudukan kesepuluh.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan satu-satunya pemain bola sepak Inggeris yang berada dalam senarai Ballon d’Or yang merupakan anugerah turun-temurun untuk pemain terbaik dunia anjuran France Football.

Nama : Harry Kane
Pasukan : Tottenham Hotspur/England
Posisi : Attacking Midfielder/Penyerang
Umur : 24 tahun (28/07/1993)
Tinggi : 188cm
Berat : 76kg

Harry Kane yang merupakan pemain penyerang Tottenham Hotspur juga pemenang Kasut Emas Premier League sebanyak dua kali telah menjaringkan 48 gol dalam 47 perlawanan bagi tahun 2017, sekaligus memahatkan nama beliau sebagai antara penyerang terbaik dunia ketika ini.

Kejayaan Kane menempatkan diri dalam kedudukan 10 pemain terbaik dunia merupakan satu bukti Kane bukanlah pemain ‘One Season wonder’ seperti yang dilabel semasa awal kemunculan dan hingga kini.

Sebelum bergelar penyerang yang digeruni, Kane hadir sebagai pengganti Defoe yang mempunyai reputasi yang tinggi dan dianggap sebagai pengganti yang aneh serta tidak masuk akal lantaran usianya yang masih muda.

Pada musim 2014/15 Kane telah muncul sebagai penjaring kedua terbanyak di belakang Aguero apabila menjaringkan 21 gol. Pada ketika ini ramai yang mengkritik ketajaman Kane di depan gol dan menganggap itu hanya nasib dan Kane tidak mapu mengulanginya.

Gambar : www.premierleague.com

“Kane reti sumbat penalti je, Kanelti” Kata Mak Jemah.

“Kane ni jenis one-season wonder jer, kita bakor! kita bakor!” Sambung Ucop Wilcha menambah kutukan.

Langit tak selalunya cerah kerana bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian daripada bumi terdedah dan terlindung kepada cahaya matahari.

Gambar : SlideShare

Ini menyebabkan berlaku siang dan malam.

Pada musim 2015/16 kutukan mereka ini hampir menjadi kenyataan dengan permulaan lembap Kane di awal musim. Tetapi Kane berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak pada musim itu dan berjaya mengulanginya pada musim ini.

Gambar : www.premierleague.com

Kini segalanya berubah dan mulut puaka dari neraka jahanam berjaya ditutup selepas menjadi penjaring terbanyak untuk kali kedua berturut-turut. Kane juga pernah dipilih sebagai pemain terbaik bulanan Liga Perdana sebanyak 4 kali.

Kini Kane bukan lagi 1 season wonder tetapi 2,3,4 season wonder. I want nobody, nobody but you! I want nobody, nobody but you!.

Baca Juga

Baca Juga