Kegagalan Ramsey Sempurnakan Sepakan Penalti Bantu Eintracht Frankfurt Menjuarai Saingan Europa League

Eintracht Frankfurt berjaya menjuarai saingan Europa League musim ini selepas kejayaan mereka menewaskan Rangers di pentas perlawanan akhir.

Wakil Bundesliga itu mencatat kemenangan menerusi aksi penentuan sepakan penalti selepas rembatan dari Aaron Ramsey diselamatkan oleh penjaga gol.

Ia jelas sekali malam yang gemilang untuk Eintracht Frankfurt dan tentunya hari yang sangat mendukacitakan untuk skuad Rangers.

Kedua-dua pasukan terpaksa beraksi hingga ke aksi penentuan sepakan penalti untuk menentukan pasukan mana akan muncul Juara di Seville.

Rangers dan Frankfurt berjaya memperoleh gol pada aksi babak kedua dan keputusan 1-1 kekal selepas tamat 120 minit permainan sebelum masuk ke aksi penentuan sepakan penalti.

Joe Aribo meletakkan gergasi Scotland itu di hadapan pada minit ke-57 permainan selepas beliau berjaya memanfaatkan slip dari Tuta ketika build up gol tersebut.

Rangers walau bagaimanapun hanya mampu mempertahankan kedudukan itu selama 12 minit sahaja sebelum Rafael Santos Borre menyamakan kedudukan pada minit ke-69 permainan.

Terikat 1-1, perlawanan dilanjutkan ke aksi tambahan masa selama 30 minit dengan penyokong Rangers berada di belakang gol telah mencipta atmosphere yang sungguh luar biasa menakjubkan.

James Tavernier, Steven Davis, Scott Arfield kesemuanya berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk kendalian Giovanni van Bronckhorst.

Eintracht Frankfurt turut berjaya mengikat kedudukan selepas kesemua pemain mereka turut cemerlang menyempurnakan sepakan penalti.

Malang untuk Rangers selepas Aaron Ramsey yang baru sahaja dimasukkan pada aksi babak kedua tambahan masa gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti.

Eintracht Frankfurt kemudiannya berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti akhir mereka menerusi Filip Kostic dan Rafael Santos Borre.

Sebagai pengambil sepakan penalti penentu, Borre bijak menewaskan Allan McGregor untuk membantu Eintracht Frankfurt mencatatkan kemenangan 5-4.

Jaringan itu juga secara tak langsung membantu Eintracht Frankfurt untuk muncul Juara saingan Europa League musim ini, seterusnya mengecewakan Rangers buat kali kedua do pentas perlawanan akhir selepas gergasi Scotland itu turut kecewa pada aksi perlawanan akhir UEFA Cup pada tahun 2008.

Ia merupakan Piala Eropah kedua yang berjaya dimenangi oleh Eintracht Frankfurt selepas kejayaan mereka menjuarai saingan UEFA Cup pada tahun 1980 yang lalu.

Jelas sekali atmosphere di dalam Ramon Sanchez Pizjuan Stadium sungguh luar biasa menakjubkan dengan penyokong kedua-dua pasukan sememangnya terkenal dengan aura mereka yang dasyat itu.

Lebih dari 100,000 penyokong Rangers muncul di Sepanyol termasuk penyerang mereka, Alfredo Morelos yang terpaksa di ketepikan kerana masalah kecederaan.

Kontroversi dalam perlawanan ini sudah berlaku sejak dari minit keenam lagi selepas John Lundstram mengasari Sebastian Rode dan menyebabkan pemain midfield lawan itu menderita kecederaan di bahagian kepala.

Agak mengejutkan untuk melihat pengadil perlawanan langsung tidak menghukum John Lundstram, sementara kepala Rode terpaksa dibalut dengan bandage.

Frankfurt yang sebelum ini berjaya menyingkirkan Barcelona dan West Ham itu kemudiannya dilihat cemerlang mendominasi aksi pada babak pertama permainan.

McGregor jelas sekali merupakan penjaga gol paling sibuk dalam perlawanan ini dengan pasukan lawan tak henti-henti melancarkan serangan menguji gawang golnya.

Rangers berjaya menyeimbangkan permainan pada aksi babak kedua-dua dengan kedua-dua pasukan kemudiannya berjaya mencipta percubaan merbahaya menguji penjaga gol.

Frankfurt merasakan mereka patut dihadiahkan sepakan penalti pada aksi babak kedua permainan, ketika ada sentuhan yang menyebabkan pemain mereka jatuh di dalam kotak penalti.

Berbanding menghadiahkan sepakan penalti, pengadil perlawanan sekadar memberi sepakan penjuru sahaja kepada mereka.

Empat minit selepas itu, nasib tidak menyebelahi Frankfurt selepas Tuta slipped dan kemudian membuka ruang untuk Aribo meledak gol pendahuluan untuk Rangers.

Boro kemudiannya menyamakan kedudukan selepas beliau menyempurnakan hantaran cantik dari Filip Kostic.

Pada aksi tambahan masa, Trapp berjaya melakukan aksi penyelamatan berkelas dunia dan ia merupakan kesempatan terbaik untuk Rangers mendahului perlawanan.

Ramsey masuk untuk menggantikan Fashion Sakala di hujung-hujung aksi tambahan masa untuk mengambil sepakan penalti.

Walau bagaimanapun, sepakan penalti beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, seterusnya mengesahkan kemenangan untuk Eintracht Frankfurt menjuarai saingan Europa League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Eintracht Frankfurt Lakar Kejutan Tendang Barcelona Dari Europa League